SPI Bil.13/1998 Pekeliling Program Membina Tabiat Membaca

Program Membina Tabiat Membaca

 

Tujuan Pekeliling Program Membina Tabiat Membaca dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan Program Membina Tabiat Membaca secara terancang dan berterusan di sekolah-sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri bolehiah melantik Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) sebagai Urusetia dalam pelaksanaan program ini.

Latar Belakang

Laporan terkini Kajian Literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia menyatakan bahawa rakyat Malaysia membaca hanya dua buah buku setahun. Kadar ini adalah rendah dan menunjukkan tabiat membaca masih tidak memberangsangkan. Kernenterian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian yang berat terhadap kepentingan membina tabiat membaca di kalangan pelajar. Usaha-usaha membina tabiat membaca perlu diberi penekanan yang wajar dan berkesan dalam pelaksanaan sistem pendidikan kita selaras dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu rakyat Malaysia.

Perhatian

  1. Mengadakan aktiviti-aktiviti membaca secara berperingkat dan berterusan, meliputi aktiviti asas, aktiviti pernupukan dan aktiviti pengkayaan.
  2. Menyediakan bahan bacaan, sama ada di sekolah atau yang boleh diperolehi di luar sekolah. Bahan bacaan ini hendaklah sesuai mengikut tahap murid.
  3. Memperuntukkan masa membaca, sama ada pada waktu sekolah atau di luar waktu sekolah dengan kewajaran yang ada.
  4. Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat gerakan galakan membaca.
  5. Mendapatkan penglibatan ibu bapa supaya membaca juga berlaku di rumah.
  6. Menerapkan unsur-unsur kepimpinan di kalangan murid dalam aktiviti membaca.
  7. Menggalakkan guru-guru membaca sebagai contoh dan teladan kepada murid-murid.
  8. Menyediakan sistem merekod bacaan yang diselaraskan di semua sekolah supaya Jabatan Pendidikan Negeri mudah menyelia, menilai dan melapor, untuk makluman dan rekod Kementerian Pendidikan. Borang dan rekod bacaan boleh diubahsuai mengikut kewajaran dan kesesuaian sekolah.
  9. Meningkatkan impak melalui sistem ganjaran dan penghargaan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Bilangan buku yang dibaca dan jumlah markah yang terlibat dalam sistem ini boleh diubahsuai mengikut saiz dan lokasi sekolah.
  10. Memberi penekanan kepada perkara-perkara yang dapat menarik minat murid-murid membaca dan guru-guru terus menjana idea kreatif dan inovatif untuk membina tabiat membaca yang berterusan.

Sebagai panduan bagi melaksanakan program membina tabiat membaca ini, sila rujuk buku “PROGRAM NILAM: KONSEP DAH PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH”.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.13/1998 Pekeliling Program Membina Tabiat Membaca

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan Program Membina Tabiat Membaca secara terancang dan berterusan di sekolah-sekolah.

Nama Pekeliling : Program Membina Tabiat Membaca

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.13/1998 Pekeliling Program Membina Tabiat Membaca

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment