SPI Bil.12/2002 Pekeliling Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mulai Tahun 2003

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mulai Tahun 2003

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mulai Tahun 2003 dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang dasar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada tahun 2003.

Tujuan Pelaksanaan

Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris.

Mata Pelajaran Yang Terlibat

  1. Mata-mata pelajaran yang terlibat dalam pelaksanaan dasar ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada tahun 2003 ialah mata pelajaran Sains Tahun 1 dan Matematik Tahun 1.
  2. Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris pada tahun-tahun selepas 2003 adalah seperti di Lampiran 1.
  3. Semua sekolah adalah digalakkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mengikut kemampuan sekolah bagi tahun-tahun lain.

Peruntukan Masa Pengajaran

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, peruntukan masa, dalam minit seminggu, bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik untuk Tahun 1 adalah seperti berikut :

Dengan mengambil maklum jadual di atas dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2002, Bil. 9/2002 dan Bil. 10/2002, maka peruntukan masa pengajaran bagi semua mata pelajaran bagi semua tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi tahun 2003-2008 adalah seperti di Lampiran-Lampiran 2A hingga 2C. Peruntukan masa pengajaran bagi tiap-tiap mata pelajaran di Tahap 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada tahun 2006 hingga 2008 akan dimaklumkan setelah ditentukan kemudian.

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Ikhtisas ini, perkara dalam para 2 dan para 3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2002 mengenai peruntukan masa pengajaran mata pelajaran Sains Tahap Satu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah dibatalkan.

Sukatan Pelajaran

Sekolah-sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran dalam Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi Sains dan Matematik.

Pentaksiran

Mulai Tahun 2003 hingga tahun 2007, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina akan disediakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. Murid dibenarkan memilih untuk menjawab soalan peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dalam salah satu daripada dua bahasa atau dalam kedua-dua bahasa.

Bahasa yang digunakan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pada tahun 2008 dan tahun-tahun berikutnya akan dimaklumkan kemudian.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.12/2002 Pekeliling Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mulai Tahun 2003

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan tentang dasar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pada tahun 2003.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mulai Tahun 2003

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.12/2002 Pekeliling Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mulai Tahun 2003

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!