SPI Bil.12/2001 Pekeliling Gerakan Membaca DI Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri

Gerakan Membaca DI Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri

 

Tujuan Pekeliling Gerakan Membaca DI Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk telah mengarahkan setiap Jabatan Pendidikan Negeri mengambil tindakan menubuhkan Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri jika persatuan seumpama itu masih belum diwujudkan di negeri masing-masing.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan sememangnya memandang serius terhadap pembangunan dan peranan perpustakaan atau pusat sumber di sekolah-sekolah dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian percaya bahawa melalui program-program dan aktiviti-aktiviti perpustakaan/pusat sumber sekolah yang terancang dan berterusan, usaha-usaha pemupukan tabiat membaca sebagai teras budaya ilmu dan pendidikan sepanjang hayat boleh diterapkan secara berkesan di kalangan warga pendidik, pelajar-pelajar dan murid-murid.

Tujuan

Tujuan utama penubuhan persatuan tersebut ialah untuk menyelaraskan dan meningkatkan peranan dan aktiviti perpustakaan/pusat sumber sekolah di semua negeri. Seperti arahan yang dikeluarkan melalui surat KPPM/01/07 bertarikh 15 Oktober 2001, penubuhan persatuan perpustakaan tersebut hendaklah direalisasikan selewatlewatnya pada bulan Januari 2002.

Perkara Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri perlu dipatuhi

  1. Mempunyai bilangan ahli yang ramai dan munasabah. Bagai tujuan ini pengetua dan guru besar diminta sentiasa memberi galakan supaya semua guru menjadi ahli persatuan.
  2. Sentiasa berusaha menyelaraskan, memantapkan dan mengedarkan pelbagai panduan dan maklumat tentang program dan aktiviti perpustakaan/pusat sumber sekolah dan bacaan yang dilaksanakan di setiap negeri.
  3. Mengadakan berbagai-bagai program dan aktiviti galakan membaca sama ada di peirngkat sekolah, daerah mahupun negeri seperti Sesi Bercerita, Bicara Buku, Kuiz, Minggu Membaca, Pameran, Laluan Ilmu, Sudut Bacaan, Laluan Iqra, Bacaton dan seumpamanya.
  4. Melibatkan kerjasama erat dengan pelbagai pihak, khususnya Perpustakaan Awam dalam melaksanakan berbagai-bagai program dan aktiviti yang berkaitan dengan gerakan membaca di peringkat sekolah, daerah atau negeri masing-masing dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan

Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, pengetua dan guru besar sekolah untuk tindakan di peringkat institusi masing-masing.

SPI Bil.12/2001 Pekeliling Gerakan Membaca DI Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengarahkan setiap Jabatan Pendidikan Negeri mengambil tindakan menubuhkan Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri jika persatuan seumpama itu masih belum diwujudkan di negeri masing-masing.

Nama Pekeliling : Gerakan Membaca DI Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.12/2001 Pekeliling Gerakan Membaca DI Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!