SPI Bil.12/1999 Pekeliling Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan

Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan

 

Tujuan Pekeliling Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan tentang penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti di semua sekolah kerajaan. Semua Pengetua dan Guru Besar adalah diingatkan bahawa Buku Teks yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan adalah wajib digunakan di semua sekolah kerajaan. Selain daripada itu, Buku Latihan dan Aktiviti Tahap Satu yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan adalah juga wajib digunakan di sekolah rendah.

Perhatian

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah tidak seharusnya atau sewenang-wenang menggunakan buku teks atau buku kerja yang lain, kerana perbuatan sedemikian adalah bercanggah dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 10/1993 tentang Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah yang masih berkuatkuasa.

Untuk makluman dan rujukan kepada semua Pengetua dan Guru Besar, bersama-sama Surat Pekeliling lkhtisas ini disertakan Senarai Judul Buku Teks Yang Diperakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2000.

Pelaksanaan

Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan adalah diminta untuk memaklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri masing-masing.

SPI Bil.12/1999 Pekeliling Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan tentang penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti di semua sekolah kerajaan

Nama Pekeliling : Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan

Format Fail : PDF

Download :SPI Bil.12/1999 Pekeliling Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian Pendidikan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!