SPI Bil.12/1998 Pekeliling Garis Panduan Dan Syarat-syarat Penggambaran Di Sekitar Kawasan Jabatan Dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Oleh Pihak Luar

Garis Panduan Dan Syarat-syarat Penggambaran Di Sekitar Kawasan Jabatan Dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Oleh Pihak Luar

 

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Dan Syarat-syarat Penggambaran Di Sekitar Kawasan Jabatan Dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Oleh Pihak Luar dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memperkenalkan garis panduan dan syarat-syarat penggambaran di sekitar kawasan jabatan dan bahagian kementerian pendidikan malaysia oleh pihak luar dikeluarkan.

Latar Belakang

Sejak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia sering menerima permohonan daripada syarikat-syarikat perfileman tempatan untuk membuat penggambaran di sekitar kawasan Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan.

Pengawalan dan syarat-syarat yang dikenakan kepada syarikat-syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran di sekitar kawasan Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan

  1. Pelakon dan krew penggambaran hendaklah bersopan-santun, berpakaian kemas serta tidak menjolok mata. Bagi lelaki yang berambut panjang mereka hendaklah menguruskannya dengan kemas semasa berada di kawasan Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia,
  2. Pelakon dan krew penggambaran tidak boleh mempamerkan unsur tidak sihat yang boleh mempengaruhi staf seperti berkelakuan surnbang antara krew atau artis lelaki dan wanita, merokok atau meminum minuman keras semasa berada di premis Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Penggambaran tidak mengganggu urusan kerja di Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia. Elakkan penggambaran dijalankan berhampiran dengan bilik-bilik mesyuarat yang sedang bersidang.
  4. Sekiranya penggambaran melibatkan staf, pihak berkenaan perlu mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan atau Bahagian yang berkenaan.
  5. Filem berkenaan tidak mempunyai unsur-unsur negatif yang boleh menjejaskan imej pendidikan dan institusi pendidikan.
  6. Nama, individu, Jabatan atau Bahagian yang terlibat dalam penggambaran, sama ada besar atau kecil peranannya, hendaklah dimasukkan dalam bahagian “penghargaan” pada akhir rancangan berkenaan.
  7. Syarikat perfileman hendaklah menanggung kos penggunaan temudahan elektrik dan air yang terdapat di Jabatan dan Bahagian yang terlibat iaitu jika kemudahan itu digunakan semasa penggambaran.
  8. Kebersihan kawasan Jabatan dan Bahagian hendaklah sentiasa diberi perhatian semasa penggambaran berlangsung.
  9. Keselamatan Jabatan dan Bahagian hendaklah sentiasa diberi keutamaan.
  10. Harta benda Jabatan atau Bahagian hendaklah sentiasa dijaga. Syarikat bertanggungjawab menggantikan segala perkakas dan peralatan yang rosak atau hilang semasa penggambaran.
  11. Pelakon-pelakon dan krew penggambaran hanya dibenarkan berada atau bekeija di ruang-ruang yang telah dipersetujui sahaja.
  12. Syarikat perfileman hendaklah menyertakan synopsis atau skrip filem bersamasama permohonan untuk membuat penggambaran.
  13. Syarikat perfileman dikehendaki mengisi dan menandatangani surat perjanjian seperti dilampirkan.
  14. Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya satu bulan sebelum tarikh penggambaran ton dikemukakan kepada Pengarah Jabatan atau Bahagian yang berkenaan untuk mendapat kelulusan.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua pegawal di Jabatan dan Bahagian Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.12/1998 Pekeliling Garis Panduan Dan Syarat-syarat Penggambaran Di Sekitar Kawasan Jabatan Dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Oleh Pihak Luar

Secara ringkasnya, pekeliling ini memperkenalkan garis panduan dan syarat-syarat penggambaran di sekitar kawasan jabatan dan bahagian kementerian pendidikan malaysia oleh pihak luar dikeluarkan.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Dan Syarat-syarat Penggambaran Di Sekitar Kawasan Jabatan Dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Oleh Pihak Luar

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.12/1998 Pekeliling Garis Panduan Dan Syarat-syarat Penggambaran Di Sekitar Kawasan Jabatan Dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Oleh Pihak Luar

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment