SPI Bil.11/2002 Pekeliling Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam Mulai Tahun 2003

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam Mulai Tahun 2003

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam Mulai Tahun 2003 dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang dasar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi semua Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam pada tahun 2003.

Tujuan Pelaksanaan

Dasar ini digubal berasaskan hakikat bahawa Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai penemuan baru dan sebahagian besar maklumat yang berkaitan dengannya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Matlamat akhir dasar ini adalah membolehkan murid mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu Sains dan Matematik dan lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris.

Mata Pelajaran Yang Terlibat

Mata-mata pelajaran yang wajib diajar dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2003 mengikut jenis sekolah adalah seperti berikut :-

  1. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
    1. Sains Tahun 1
    2. Matematik Tahun 1
  2. Sekolah Menengah
    1. Sains Tingkatan 1
    2. Matematik Tingkatan 1
  3. Tingkatan Enam Rendah
    1. Fizik
    2. Biologi
    3. Kimia
    4. Matematik S
    5. Matematik T
    6. Matematik Lanjutan T
    7. Perkomputeran

Pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun-tahun selepas 2003 adalah seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2. Semua sekolah adalah digalakkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mengikut kemampuan sekolah bagi tahun-tahun dan tingkatan-tingkatan lain.

Peruntukan Masa Pengajaran

Bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, peruntukan masa, dalam minit seminggu, bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik untuk Tahun 1 adalah seperti berikut :

Sains                : 90 minit/seminggu

Matematik       : 210 minit/seminggu

Dengan mengambil maklum peruntukan ini dengan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2002, Bil. 9/2002 dan Bil. 10/2002, maka peruntukan masa pengajaran bagi semua tahun di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bagi tahun 2003-2008 adalah seperti di LampiranLampiran 3A hingga 3F. Peruntukan masa bagi Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam adalah kekal dan mengikut peraturan sedia ada.

Sukatan Pelajaran

Sekolah-sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran dalam Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi Sains, Matematik dan mata-mata pelajaran yang berasaskan sains mulai 2003. Bagi Tingkatan Enam, sekolah-sekolah hendaklah menggunakan Sukatan Pelajaran dalam Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pentaksiran

Mulai Tahun 2003 hingga tahun 2007, semua peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwibahasa seperti berikut:

  1. Sekolah Kebangsaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris
  3. Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Murid dibenarkan memilih untuk menjawab soalan peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dalam salah satu daripada dua bahasa atau dalam kedua-dua bahasa seperti para 6.1 di atas.

Mulai Tahun 2008, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil akan disediakan dalam Bahasa Inggeris sahaja. Mulai tahun 2008 juga, semua peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan mata-mata pelajaran lain yang berasaskan Sains dan Matematik di sekolah menengah, akan disediakan dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.11/2002 Pekeliling Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam Mulai Tahun 2003

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan tentang dasar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris bagi semua Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam pada tahun 2003.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam Mulai Tahun 2003

Format Fail : PDF

Download : Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam Mulai Tahun 2003

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!