SPI Bil.11/2001 Pekeliling Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

 

Tujuan Pekeliling Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan pindaan terbaru syarat kelayakan meminjam buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1999 bertarikh 9 Mac 1999 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2001 bertarikh 24 Mei 2001.

Latar Belakang

Pada masa ini, peraturan dan syarat mengenai tuntutan bayaran berkenaan diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti yang berikut:

Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT Di SJK(C) dan SJK(T)

Murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM1000.00 ke bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.

Pelaksanaan

Walau bagaimanapun, syarat kelayakan meminjam buku teks SPBT di sekolah-sekolah lain, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) adalah kekal seperti terkandung dalam para tiga Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1999 bertarikh 9 Mac 1999 dan para satu Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2001 bertarikh 24 Mei 2001.

Sayugia diingatkan bahawa pemberian pinjaman buku teks SPBT adalah hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. Surat Pekeliling ini adalah berkuat kuasa mulai sesi persekolahan tahun 2002.

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.11/2001 Pekeliling Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

Secara ringkasnya, pekeliling ini untuk memaklumkan pindaan terbaru syarat kelayakan meminjam buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)

Nama Pekeliling : Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.11/2001 Pekeliling Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!