SPI Bil.11/1999 Pekeliling Pengedaran Surat Siaran Dan Pekeliling Kementerian Pendidikan

Pengedaran Surat Siaran Dan Pekeliling Kementerian Pendidikan

 

Tujuan Pekeliling Pengedaran Surat Siaran Dan Pekeliling Kementerian Pendidikan dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu tentang pengedaran surat siaran dan pekeliling Kementerian Pendidikan.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan memandang berat aduan terhadap pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang LEWAT atau TIDAK mengambil tindakan menyampaikan makluman, pelawaan, tawaran, peraturan ataupun arahan Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, sama ada melalui suratsurat siaran, surat-surat pekeliling atau sebagainya.

Terdapat keadaan di mana guru-guru dan kakitangan mendakwa mereka tidak dimaklumkan serta tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai program dan aktiviti Kementerian Pendidikan termasuk perkara-perkara yang melibatkan diri mereka seperti tawaran mengikuti kursus lanjutan di pusat pengajian tinggi, pelawaan mengisi jawatanjawatan kosong, kemudahan pinjaman kenderaan dan kemudahan pinjaman pembelian komputer.

Perhatian

Sayugia diperingatkan bahawa maklumat, pelawaan, tawaran, peraturan atau arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk pengetahuan semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Pendidikan, kecuali dalam perkara-perkara khusus yang ditujukan kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Pihak pentadbir sekolah hendaklah mempastikan bahawa semua siaran atau pekeliling dapat disampaikan kepada semua pegawai dan kakitangan supaya rungutan dan bantahan sebagaimana dinyatakan di atas tidak lagi berbangkit.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.11/1999 Pekeliling Pengedaran Surat Siaran Dan Pekeliling Kementerian Pendidikan

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu tentang pengedaran surat siaran dan pekeliling Kementerian Pendidikan.

Nama Pekeliling : Pengedaran Surat Siaran Dan Pekeliling Kementerian Pendidikan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.11/1999 Pekeliling Pengedaran Surat Siaran Dan Pekeliling Kementerian Pendidikan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment