SPI Bil.11/1998 Pekeliling Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Berkomputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah

Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Berkomputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah

 

Tujuan Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Berkomputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah dikeluarkan

Surat  Pekeliling  lkhtisas  ini  dikeluarkan  dengan  tujuan  memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan penggunaan peralatan antara muka berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran sains di semua sekolah menengah mulai tahun 1998, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penyertaan serta minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi. Sekolah-sekolah wajarlah mengikuti arus perkembangan teknologi semasa supaya pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih bermakna, lebih menyeronokkan dan luwes.

Latar Belakang

Peralatan antara muka berkomputer adalah merupakan suatu perantara yang dapat mentafsirkan isyarat analog kepada isyarat digital yang boleh dikenali oleh komputer. Penggunaan peralatan antara muka berkomputer boleh membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains. Satu set peralatan antara muka yang lengkap adalah terdiri daripada satu (1) peralatan antara muka, lima (5) modul pencatat isyarat, dua puluh lapan (28) perisian eksperimen dan manual eksperimen dalam Bahasa Melayu yang berpandukan kurikulum sains yang sedang dilaksanakan sekarang. Dalam hal ini,  penggunaan  satu  set  peralatan  yang  lengkap  memerlukan  sebuah  komputer dengan perisian minimum seperti di Lampiran ‘V’.

Perhatian

Kementerian Pendidikan mendapati bahawa sekolah hanya akan dapat mengoptimumkan penggunaan peralatan antara muka berkomputer sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) set peralatan tersebut. Peralatan antara muka perlulah bersifat universal dan boleh digunakan untuk semua mata pelajaran sains. la juga boleh berfungsi untuk menggantikan peralatan yang terdapat dalam makmal sains seperti pembekal kuasa, osiloskop, voltmeter, termometer dan jam randik. Perincian spesifikasi peralatan antara muka, modul pencatat isyarat, perisian eksperimen serta senarai eksperimen adalah seperti butiran berikut;

  • Spesifikasi peralatan antara muka   –     Lampiran I
  • Spesifikasi modul pencatat isyarat   –     Lampiran II
  • Spesifikasi perisian eksperimen       –     Lampiran III
  • Senarai eksperimen                             –     Lampiran IV

Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah hendaklah berusaha memperolehi peralatan tersebut sama ada secara sekali gus atau secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Sekolah-sekolah bolehlah menggunakan peruntukan Pemberian Bantuan Per Kapita Sains dan Matematik, atau sumbangan derma atau tajaan dari syarikat, pertubuhan, persatuan dan orang perseorangan. Namun demikian segala jenis pemerolehan hendaklah mengikut prosedur kewangan yang berkuatkuasa sekarang serta menepati spesifikasi peralatan, spesifikasi modul pencatat isyarat, spesifikasi perisian eksperimen dan senarai eksperimen seperti yang digariskan dalam Lampiran I hingga Lampiran lV. Perlu ditegaskan disini bahawa sekolah hendaklah memastikan bahawa syarikat yang membekalkan peralatan ltu memberikan latihan yang secukupnya kepada guru-guru yang terlibat.

Pelaksanaan

Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah menengah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/ Tuan/Puan.

SPI Bil.11/1998 Pekeliling Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Berkomputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan penggunaan peralatan antara muka berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran sains di semua sekolah menengah mulai tahun 1998

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Berkomputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.11/1998 Pekeliling Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Berkomputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment