SPI Bil.10/2002 Pekeliling Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Mulai Tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS MULAI TAHUN 1 DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) DAN (T)

 

Tujuan Pekeliling Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Mulai Tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T) dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan memaklumkan bahawa mata pelajaran Bahasa Inggeris akan diperkenalkan mulai Tahun 1 di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T) seluruh negara pada Tahun 2003.

Perhatian

Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran bagi Bahasa Inggeris adalah sebanyak enam puluh (60) minit seminggu bagi Tahun 1 dan Tahun 2 yang diambil daripada masa pilihan guru besar sebanyak tiga puluh (30) minit dan pertambahan masa persekolahan sebanyak tiga puluh (30) minit bagi Tahap Satu sekolah rendah. Bagi Tahun 3 peruntukan masa sedia ada sebanyak enam puluh (60) minit seminggu hendaklah dikekalkan.

Dengan ini masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris bagi Tahap Satu di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T) adalah seperti berikut :

  1. Tahun 1 : 60 minit seminggu
  2. Tahun 2 : 60 minit seminggu
  3. Tahun 3 : 60 minit seminggu

Sehubungan ini lebihan masa sebanyak enam puluh (60) minit bagi Tahun 3 hendaklah ditambah kepada peruntukan masa bagi pengajaran Bahasa Melayu sedia ada. Oleh yang demikian masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi Tahun 3 berjumlah dua ratus tujuh puluh (270) minit seminggu.

Bagi Tahun 4, 5 dan 6 peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran adalah sebanyak seratus dua puluh (120) minit seminggu. Peruntukan ini diperoleh dariapda pertambahan masa sebanyak enam puluh (60) minit seminggu bagi Tahap Dua sekolah rendah. Dengan pertambahan ini sebanyak tiga puluh (30) minit diperuntukkan kepada Bahasa Inggeris dan yang selebihnya iaitu sebanyak tiga puluh (30) minit hendaklah ditambah kepada Bahasa Melayu menjadikan jumlah masa sebanyak seratus lapan puluh (180) minit seminggu.

Dengan ini masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris bagi Tahap Dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T) adalah seperti berikut:

  1. Tahun 4 : 120 minit seminggu
  2. Tahun 5 : 120 minit seminggu
  3. Tahun 6 : 120 minit seminggu

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.10/2002 Pekeliling Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Mulai Tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T)

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan bahawa mata pelajaran Bahasa Inggeris akan diperkenalkan mulai Tahun 1 di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T) seluruh negara pada Tahun 2003.

Nama Pekeliling : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Mulai Tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T)

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.10/2002 Pekeliling Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Mulai Tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T)

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!