SPI Bil.10/2001 Pekeliling Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Tujuan Pekeliling Semua Guru adalah Guru Disiplin dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu semua guru di sebuah sekolah tentang menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

Surat Pekeliling Berkenaan

  1. Surat Pekeliling Profesional Kementeiran Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ”….. tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan kepada guru-guru besar”.
  2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturanperaturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, ”Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menamakan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan jangalah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan”.

Perhatian

Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai gru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.

Pelaksanaan

Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi.

SPI Bil.10/2001 Pekeliling Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu semua guru di sebuah sekolah tentang menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

Nama Pekeliling : Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.10/2001 Pekeliling Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!