SPI Bil.10/1999 Pekeliling Senarai Istilah Sains Sekolah Rendah dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Senarai Istilah Sains Sekolah Rendah dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

 

Tujuan Pekeliling Senarai Istilah Sains Sekolah Rendah dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan supaya menggunakan senarai istilah Sains dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang diselaraskan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan lain-lain. Senarai yang berkenaan disertakan bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini.

Latar Belakang

Mata Pelajaran Sains di sekolah rendah mula diperkenalkan secara berperingkat pada tahun 1995 kepada semua murid Tahap II, bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia. Dokumen-dokumen kurikulum yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum yang berkaitan dengan Sains di sekolah rendah seperti Huraian Sukatan Pelajaran dan Pukal Latihan Sains Sekolah Rendah (PuLSaR) adalah dalam Bahasa Melayu. Bagi memenuhi keperluan pendidikan sains di sekolah rendah SJK (Cina) dan SJK (Tamil), Kementerian Pendidikan telahpun menyediakan senarai istilah sains dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SPI Bil.10/1999 Pekeliling Senarai Istilah Sains Sekolah Rendah dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan supaya menggunakan senarai istilah Sains dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang diselaraskan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan lain-lain.

Nama Pekeliling : Senarai Istilah Sains Sekolah Rendah dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.10/1999 Pekeliling Senarai Istilah Sains Sekolah Rendah dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!