SPI Bil.10/1998 Pekeliling Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta

Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta

 

Tujuan Pekeliling Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta dikeluarkan

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memastikan Sistem Pendidikan Kebangsaan dinikmati secara adil serta memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Kerana itu, Y.Bhg. Dato’/Datin/ Tuan/Puan adalah bertanggungjawab memastikan bahawa semua Guru Besar dan Pengetua menerima serta melaksanakan kandungan pekeliling ini.

Latar Belakang

Dengan berkuatkuasanya Akta Pendidikan 1996 pada 31 Disember 1997, semua Guru Besar dan Pengetua Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta dikehendaki mematuhi peruntukan-peruntukan akta tersebut. Antara perkara yang perlu dipatuhi oleh Guru Besar dan Pengetua ialah tentang umur masuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta umur menduduki Peperiksaan Kebangsaan (PTS/UPSR/PMR/SPM(V)/SPM) bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta.

Perhatian

Mulai dari tahun 1998, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta dilarang menerima murid baru di bawah urnur, sama ada didaftar atau menumpang, tanpa didaftarkan. Murid yang diterima belajar di sekolah rendah hendaklah dari umur 6 tahun ke atas. Pengiraan umur hendaklah dikira dari 1 Januari tahun persekolahan semasa. Sebagai contoh, murid tahun 1 pada tahun 1998 hendaklah dilahirkan di antara 2.1.1991 hingga 1.1.1992. Ini bermakna bahawa murid yang genap berumur 6 tahun pada 1 Januari tahun yang berkenaan tidak perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.

Murid sekolah rendah dan menengah swasta atau murid persendirian yang memohon masuk belajar ke Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan hendaklah ditempatkan ditahun atau tingkatan mengikut umur yang bersesuaian seperti yang dinyatakan di Jadual I dan Jadual II berlampir.

Murid yang telah tamat pendidikan rendah boleh diterima belajar di sekolah menengah. Walaupun begitu murid-murid yang menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil tetapi tidak mencapai tahap minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan hendaklah ditempatkan di Kelas Peralihan selama satu tahun di sekolah menengah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. (Sila rujuk surat siaran Kementerian Pendidikan, KP(BS/MEN)8510/03/005/(14) bertarikh 9 Disember 1997).

Murid-murid yang telah belajar selama 3 tahun dalam KBSM di sekolah menengah rendah dibenarkan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). (Sila rujuk peraturan dan panduan Penilaian Menengah Rendah dan pekeliling berkaitan dari Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia).

Murid-murid dibenarkan menyambung pelajaran sekolah menengah atas setepas menamatkan pendidikan di peringkat menengah rendah dan mencapai tahap minimum dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan , (sila rujuk surat Siaran Kementerian Pendidikan, KP(BS/MEN)8510/03/008/Jld.ll (1) bertarikh 2 Januiari 1998). Murid-murid dibenarkan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) setepas belajar selama 2 tahun di sekolah menengah atas.

Murid-murid yang tidak mencapai tahap minimum dalam Peperiksaan PMR dibenarkan mengulang sekali sahaja tingkatan 3 di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Murid di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan yang gagal dalam peperiksaan SPM atau SPM (V) dibenarkan mengulang sekali sahaja di Tingkatan 5 dengan syarat tidak pernah mengulang di Tingkatan 3 sekolah menengah rendah.

Murid-murid di bawah umur di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang telah dibenarkan naik ke tahun/tingkatan seterusnya pada tahun 1998 berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan, KP(BS/PSR)8502/03/007 (65) bertarikh 23 Disember 1997 adalah dikecualikan daripada perenggan 4 dan perenggan 6 surat ini.

Syarat Menduduki Peperiksaan Kebangsaan di Sekolah Rendah

  1. Murid sekolah rendah yang ingin mengambil peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) mestilah terdiri daripada murid yang telah mengikuti 3 tahun pelajaran dalam KBSR dan berada di Tahun 3 di sekolah rendah.
  2. Bagi murid yang ingin mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mereka hendaklah telah berada di tahun enam di sekolah rendah dan mengikuti KBSR serta berumur tidak kurang daripada 11 tahun, bagi murid biasa dan berumur tidak kurang daripada 10 tahun, bagi murid yang dibenarkan melangkau kelas pada 1 Januari tahun persekolahan berkenaan.

Pelaksanaan

Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa dengan serta merta, mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.

SPI Bil.10/1998 Pekeliling Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta

Secara ringkasnya, pekeliling ini memastikan Sistem Pendidikan Kebangsaan dinikmati secara adil serta memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara

Nama Pekeliling : Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.10/1998 Pekeliling Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment