SPI Bil.09/2002 Pekeliling Mata Pelajaran Sains Tahap Satu Sekolah Rendah dikeluarkan

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN SAINS TAHAP SATU SEKOLAH RENDAH

 

Tujuan Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tahap Satu Sekolah Rendah dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan memaklumkan bahawa mata pelajaran Sains akan diperkenalkan mulai Tahap Satu di semua sekolah rendah. Pelaksanaan mata pelajaran Sains akan bermula dengan Tahun 1 pada Tahun 2003 dan diikuti dengan Tahun 2 dan Tahun 3 pada tahun-tahun seterusnya.

Perhatian

Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran berkenaan adalah sebanyak sembilan puluh (90) minit seminggu yang diambil daripada peruntukan masa bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Dengan ini peruntukan masa bagi bahasa pengantar bagi Tahap Satu sekolah rendah adalah seperti berikut :

  1. Bahasa Melayu (Tahun 1, 2 dan 3) : 360 minit seminggu
  2. Bahasa Cina (Tahun 1, 2 dan 3)      : 360 minit seminggu
  3. Bahasa Tamil (Tahun 1, 2 dan 3)    : 360 minit seminggu

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.09/2002 Pekeliling Mata Pelajaran Sains Tahap Satu Sekolah Rendah dikeluarkan

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan bahawa mata pelajaran Sains akan diperkenalkan mulai Tahap Satu di semua sekolah rendah. Pelaksanaan mata pelajaran Sains akan bermula dengan Tahun 1 pada Tahun 2003 dan diikuti dengan Tahun 2 dan Tahun 3 pada tahun-tahun seterusnya.

Nama Pekeliling : Mata Pelajaran Sains Tahap Satu Sekolah Rendah dikeluarkan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.09/2002 Pekeliling Mata Pelajaran Sains Tahap Satu Sekolah Rendah dikeluarkan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!