SPI Bil.09/2001 Pekeliling Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

 

Tujuan Pekeliling Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk meminta pihak sekolah mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan negatif.

Latar Belakang

Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat murid-murid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan Kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk dan Cyber Café yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang beragama Islam khususnya, kegiatan ini boleh menjejaskan akidah mereka. Maka, tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid.

Peranan Sekolah

Pihak sekolah juga sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Di samping itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD), dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan.

Peranan Jabatan Negeri

Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadiankejadian serius yagn berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksmili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-

”Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar, tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya ……”

SPI Bil.09/2001 Pekeliling Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

Secara ringkasnya, pekeliling ini meminta pihak sekolah mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan negatif.

Nama Pekeliling : Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.09/2001 Pekeliling Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!