SPI Bil.09/2000 Pekeliling Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah

Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah

Tujuan Pekeliling Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu akan panduan menggalakkan kerjasama dan sumbangan pihak luar dalam program teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya berhasrat untuk menggalakkan badan korporat, badan berkanun, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, dan individu perseorangan memberi kerjasama serta sumbangan dalam program yang boleh meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan murid sekolah. Kerjasama dan sumbangan tersebut boleh berbentuk kepakaran, peralatan dan sumbangan lain dalam bidang teknologi maklumat yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid.

Perhatian

Bersama-sama ini disertakan satu panduan untuk kegunaan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian, dan sekolah dalam urusan menerima sumbangan, tajaan, dan kerjasama daripada pihak luar yang dinyatakan di atas. Hal ini adalah bagi memastikan faedah timbal balik bersama wujud antara pihak yang menyumbang dan pihak yang menerima sumbangan. Semoga dengan cara ini pihak penyumbang mempunyai iltizam yang berterusan untuk membantu sekolah.

Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling lkhtisas yang berikut:

  1. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah
  2. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar
  3. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan Atau Pungutan Wang
  4. 8/2000 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, dan semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan. Sekiranya terdapat sebarang keraguan tentang apa jua perkara yang tidak dinyatakan dalam panduan tersebut, maka pihak Kementerian Pendidikan hendaklah dirujuk terlebih dahulu.

SPI Bil.09/2000 Pekeliling Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu akan panduan menggalakkan kerjasama dan sumbangan pihak luar dalam program teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.

Nama Pekeliling : Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.09/2000 Pekeliling Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!