SPI Bil.09/1997 Pekeliling Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan

Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan

Tujuan Pekeliling Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu tentang pengurusan buku rekod perkhidmatan kerajaan.

Latar Belakang

Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan amat penting bagi setiap penjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Dokumen tersebut perlu sentiasa dikemaskini dan setiap maklumat yang dicatat di dalamnya hendaklah dipastikan lengkap dan tepat. Kegagalan pihak yang bertanggugjawab untuk berbuat demikian boleh menyebabkan pemilik buku tersebut menghadapi banyak kesulitan apabila bertukar jawatan, membuat persaraan pilihan ataupun bersara wajib.

Kementerian Pendidikan banyak menerima aduan dan rungutan daripada guru-guru dan staf sokongan yang menyatakan kekecewaan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan yang tidak diurus dengan sempurna.

Di antara kesilapan-kesilapan nyata yang terdapat di dalam Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan

  1. Ejaan nama yang berbeza daripada ejaan nama di dalam Kad Pengenalan.
  2. Nombor Kad Pengenalan yang berbeza daripada nombor Kad Pengenalan yang dimiliki.
  3. Tarikh mula perlantikan dalam perkhidmatan kerajaan tidak dicatat.
  4. Tarikh kenaikan dan tangga pergerakan gaji tidak dicatat dengan tepat.
  5. Butiran maklumat yang ditulis dengan tangan sukar dibaca oleh orang lain.
  6. Kehilangan maklumat akibat daripada helaian terkoyak atau hilang.

Perhatian

Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, sekolah atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab mengurus dan menyimpan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan pegawai dan staf sokongan hendaklah mempastikan bahawa maklumat yang terkandung dalam buku rekod tersebut sentiasa kemaskini. Semua maklumat yang dicatatkan ke dalam dokumen tersebut hendaklah dilakukan dengan cermat, jelas dan betui. Dari semasa ke semasa semakan hendaklah dibuat supaya tindakan memperbetul mana-mana kesilapan dapat dilakukan. Semua Buku Perkhidmatan Kerajaan juga hendaklah disimpan dengan baik dan di tempat yang selamat.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SPI Bil.09/1997 Pekeliling Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu tentang pengurusan buku rekod perkhidmatan kerajaan.

Nama Pekeliling : Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.09/1997 Pekeliling Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment