SPI Bil.09/1994 Pekeliling Penerimaan Sains Tambahan Sebagai Memenuhi Syarat Mengikuti Kursus Sains Di Institusi Pengajian Tinggi

Penerimaan Sains Tambahan Sebagai Memenuhi Syarat Mengikuti Kursus Saisn Di Institusi Pengajian Tinggi

 

Tujuan Penerimaan Sains Tambahan Sebagai Memenuhi Syarat Mengikuti Kursus Saisn Di Institusi Pengajian Tinggi dikeluarkan

Sehubungan itu, Surat Pekeliling ini bertujuan untuk mengumumkan bahawa pihak institusi pengajian tinggi di negara ini telahpun bersetuju untuk menerima calon-calon yang mengikuti mata pelajaran Sains Tambahan di peringkat sekolah menengah untuk menyertai kursus sains yang ditawarkan oleh institusi-institusi tersebut. Perkara ini ada dinyatakan dalam prospektus institusi berkenaan dan juga dalam Buku Panduan Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Untuk Sekolah Menengah Atas terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum yang telah disemak semula.

Latar Belakang

Adalah dimaklumkan bahawa mata-mata pelajaran elektif dalam program KBSM digubal untuk memenuhi minat dan kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang di samping menyediakan pelajar untuk pengajian ke peringkat seterusnya. Salah satu mata pelajaran ini ialah Sains Tambahan. Sebagai alternatif kepada mata-mata pelajaran sains tulen, pelajarpelajar boleh juga memilih mata pelajaran Sains Tambahan sebagai memenuhi syarat mengikuti kursus dalam bidang sains di institusi pengajian tinggi. Langkah ini adalah usaha untuk menambah bilangan pelajar yang menyertai bidang sains dan teknologi di peringkat pengajian tinggi.

Pelaksanaan

Kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah menengah.

 

SPI Bil.09/1994 Pekeliling Penerimaan Sains Tambahan Sebagai Memenuhi Syarat Mengikuti Kursus Sains Di Institusi Pengajian Tinggi

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengumumkan bahawa pihak institusi pengajian tinggi di negara ini telahpun bersetuju untuk menerima calon-calon yang mengikuti mata pelajaran Sains Tambahan di peringkat sekolah menengah untuk menyertai kursus sains yang ditawarkan oleh institusi-institusi

Nama Pekeliling : Penerimaan Sains Tambahan Sebagai Memenuhi Syarat Mengikuti Kursus Sains Di Institusi Pengajian Tinggi

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.09/1994 Pekeliling Penerimaan Sains Tambahan Sebagai Memenuhi Syarat Mengikuti Kursus Sains Di Institusi Pengajian Tinggi

Oleh : Kementerian Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!