SPI Bil.08/2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu

Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datu/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2005 PELAKSANAAN BEKERJA LIMA HARI SEMINGGU.

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2005 yang bertajuk Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2005. Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut pelaksanaan Lima Hari Bekerja akan dapat memantapkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan serta menggalakkan pembelajaran dan pembangunan diri sepanjang hayat.

2. Kementerian Pelajaran turut mengambil maklum bahawa terdapat banyak program pendidikan yang bersifat akademik dan kokurikulum yang perlu dilaksanakan dalam usaha membangunkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

3. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 4/2005 telah bersetuju bahawa:-

3.1 Sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja hendaklah meneruskannya dan,

3.2 Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk mekalsanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja disebabkan faktor seperti kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan hari Sabtu dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.

4. Kerjasama Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datu/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengenalpasti sekolah-sekolah yang menghadapi masalah untuk melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam tempoh lima hari bekerja dan memaklumkan kepada Bahagian Sekolah supaya langkah-langkah perlu boleh diambil dengan segera untuk mengatasi masalah tersebut.

5. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggung-jawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran daerah/Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato/Datu/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2005 : Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai pelaksanaan bekerja lima hari seminggu.

Nama Pekeliling :Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu

Format Fail : PDF

Download : Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu

Oleh : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Add Comment