Isi Kandungan Pekeliling
Tujuan Pekeliling Penggunaan Buku Log Bagi Tujuan Memantau Laku Musnah (Vandalism) Di Kalangan Murid-Murid Sekolah dikeluarkan
Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu akan penggunaan buku log bagi tujuan memantau laku musnah (vandalism) di kalangan murid-murid sekolah.
Latar Belakang
Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil maklum akan meningkatnya kes-kes Laku Musnah (vandalism) di bangunan, kawasan dan asrama sekolah. Langkah segera perlu diambil bagi membasmi kegiatan ini di kalangan murid-murid sekolah melalui sistem pemantauan yang terancang dan berterusan. Di samping itu sekolah hendaklah menggunakan perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah/Guru Bimbingan dengan mengadakan sesi kaunseling untuk murid-murid yang melakukan laku musnah.
Perhatian
Sehubungan dengan itu, sekolah dikehendaki menyediakan “Buku Log Laku Musnah” yang bertujuan untuk memantau gejala salah laku ini dan data-data yang terkumpul boleh dijadikan sumber untuk membuat perancangan bagi membasmi kegiatan tersebut. Sila rujuk kepada Lampiran LM yang dilampirkan sebagai panduan.
Pelaksanaan
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua dan Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
SPI Bil.08/2003 Pekeliling Penggunaan Buku Log Bagi Tujuan Memantau Laku Musnah (Vandalism) Di Kalangan Murid-Murid Sekolah
Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu akan penggunaan buku log bagi tujuan memantau laku musnah (vandalism) di kalangan murid-murid sekolah.
Nama Pekeliling : Penggunaan Buku Log Bagi Tujuan Memantau Laku Musnah (Vandalism) Di Kalangan Murid-Murid Sekolah
Format Fail : PDF
Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia