SPI Bil.08/2002 Pekeliling Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan Di Sekolah Kebangsaan (SK)

PENAWARAN MATA PELAJARAN BAHASA TAMBAHAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)

 

Tujuan Pekeliling Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan Di Sekolah Kebangsaan (SK) dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan memaklumkan bahawa mata pelajaran bahasa tambahan iaitu Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi dan Bahasa Arab Komunikasi akan diperkenalkan mulai Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) pada Tahun  2003. Mata Pelajaran ini hendaklah ditawarkan sebagai mata pelajaran pilihan yang tidak wajib. Sehubungan itu permintaan daripada ibu bapa untuk menubuhkan kelas POL tidak diperlukan bagi mengadakan Bahasa Tambahan.

Perhatian

Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran berkenaan adalah sebanyak enam puluh (60) minit seminggu yang diambil daripada masa pilihan guru besar sebanyak tiga puluh (30) minit dan pertambahan masa persekolahan sebanyak tiga puluh (30) minit bagi Tahap 1 sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Tambahan hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu rasmi sekolah.

Tertakluk kepada keupayaan dan kemudahan sedia ada, pihak sekolah hendaklah menawarkan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Bahasa Tambahan. Penawaran mata pelajaran tersebut adalah terbuka kepada semua murid yang berminat untuk mempelajari bahasa yang telah dikenalpasti. Bagi murid yang memilih untuk tidak mengambil Bahasa Tambahan, pihak sekolah hendaklah memberi tugasan mengikut budi bicara Guru Besar.

Sebagai permulaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tambahan mulai Tahun 1 akan dilaksanakan di 300 buah SK yang dikenalpasti oleh Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tambahan hendaklah meneruskannya seperti sedia ada.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.08/2002 Pekeliling Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan Di Sekolah Kebangsaan (SK)

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan bahawa mata pelajaran bahasa tambahan iaitu Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi dan Bahasa Arab Komunikasi akan diperkenalkan mulai Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) pada Tahun  2003.

Nama Pekeliling : Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan Di Sekolah Kebangsaan (SK)

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.08/2002 Pekeliling Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan Di Sekolah Kebangsaan (SK)

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!