SPI Bil.08/2000 Pekeliling Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk menggalakkan semua sekolah adalah untuk menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.

Latar Belakang

Kelab Komputer di sekolah-sekolah telah mula ditubuhkan pada tahun 80-an atas inisiatif pihak sekolah sendiri. Sejak dari itu, pelbagai program Teknologi Maklumat telah mula diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan sehinggalah kepada pelaksanaan Sekolah Bestari, iaitu salah satu daripada aplikasi utama dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). Bagi menjayakan matlamat aplikasi tersebut, semua sekolah adalah digalak untuk menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.

Perhatian

Dalam menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat ini, pihak sekolah diingatkan supaya mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, iaitu PU (A) 1996/98. Bersama-sama ini disertakan panduan untuk sekolah-sekolah yang berminat menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.

Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, Surat Pekeliling lkhtisas  Bil. 5/1986: Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah adalah dibatalkan.

Hendaklah dibaca Bersama Surat Pekeliling Ikhtisas Tertentu

Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa serta merta dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat-Surat Pekeliling lkhtisas yang berikut:

  1. Bil. 6/1988   : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah.
  2. Bil. 12/1998 : Larangan Menjalankan Jualan Terus di Sekolah-Sekolah.
  3. Bil. 6/1992   : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan                                 Negara Luar.
  4. Bil. 3/1997   : Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan Dasar dan/ atau Pungutan Wang.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada pegawai-pegawai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

SPI Bil.08/2000 Pekeliling Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini menggalakkan semua sekolah adalah untuk menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.

Nama Pekeliling : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.08/2000 Pekeliling Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!