SPI Bil.08/1999 Pekeliling Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah

Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah

Perhatian

Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 9/1988: Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah, Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 4/1993: Pelaporan Kejadian Tidak Dingini Di Sekolah, dan Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 3/1993: Lapor Kepada Polis Salah Laku Berbentuk Jenayah.

Tujuan Pekeliling Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan menegaskan kepentingan mewujudkan peraturan-peraturan mengenai keselamatan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan, untuk melindungi murid daripada menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah yang tidak diingini, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Pihak sekolah hendaklah memastikan semua murid sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah ke atas diri mereka.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan akhir-akhir ini ada menerima laporan dan aduan mengenai kejadian di mana murid menjadi mangsa kepada pelbagai jenis perbuatan jenayah semasa dalam perjalanan pergi dan balik dan sekolah, yang dilakukan oleh orang yang tidak berperikemanusiaan. Meskipun perbuatan jenayah tersebut dilakukan di luar kawasan sekolah dan memang sukar bagi sekolah untuk membuat pengawasan, namun Kementerian Pendidikan berpendirian bahawa keselamatan dan kebajikan murid hendaklah sentiasa menjadi keutamaan perhatian pihak sekolah.

Peranan Pihak Sekolah

  1. Memanfaatkan sepenuhnya penubuhan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah, Jawatankuasa Keselamatan Sekolah atau Persatuan lbu Bapa dan Guru dalam merancang langkah-langkah keselamatan murid.
  2. Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan.
  3. Membersihkan semak sarnun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh murid-murid supaya lebih terbuka dan selamat.
  4. Mewujudkan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden atau orang-orang yang disyaki mempunyai niat jahat.
  5. Mempamerkan poster atau peraturan mengenai keselamatan bagi meningkatkan kepekaan dan kesedaran murid tentang pentingnya amalan dan sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada apabila dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
  6. Menggunakan apa sahaja ruang, seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru tingkatan, guru darjah dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya, bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.
  7. Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.08/1999 Pekeliling Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini menegaskan kepentingan mewujudkan peraturan-peraturan mengenai keselamatan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan, untuk melindungi murid daripada menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah yang tidak diingini, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

Nama Pekeliling : Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.08/1999 Pekeliling Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment