SPI Bil.08/1998 Pekeliling Garis Panduan dan Syarat-Syarat Penggambaran Di Kawasan Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik Oleh Pihak Luar

Garis Panduan dan Syarat-Syarat Penggambaran Di Kawasan Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik Oleh Pihak Luar

 

Tujuan Pekeliling Garis Panduan dan Syarat-syarat Penggambaran Di Kawasan Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik Oleh Pihak Luar dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu garis panduan dan syarat-syarat penggambaran di kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik oleh pihak luar dikeluarkan.

Latar Belakang

Selari dengan perkembangan industri perfileman negara, Kementerian Pendidikan sering menerima permohonan daripada syarikat-syarikat perfileman untuk membuat penggambaran di kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik. Penggambaran yang dilakukan biasanya berhubung dengan adegan-adegan berlatarbelakangkan persekolahan pelajar, kerjaya guru dan pentadbiran sekolah.

Syarat-syarat yang dikenakan kepada Syarikat-syarikat Perfileman

  1. Pelakon-pelakon dan krew penggambaran hendaklah berpakaian kemas dan tidak menjotok mata, bersopan santun dan tidak merokok. Bagi lelaki yang berambut panjang mereka hendaklah menguruskannya dengan kemas semasa berada di kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik.
  2. Pelakon-pelakon dan krew penggambaran tidak boleh mempamerkan unsurunsur tidak sihat yang akan mempengaruhi pelajar seperti berkelakuan sumbang antara krew/artis lelaki dan wanita, atau meminum minuman keras semasa berada di kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik.
  3. Penggambaran tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, maktab perguruan dan politeknik. Di musim peperiksaan, penggambaran tidak boleh dibenarkan.
  4. Filem berkenaan tidak mempunyai unsur-unsur negatif yang boleh menjejaskan imej pendidikan dan institusi pendidikan.
  5. Sekiranya penggambaran melibatkan murid, pihak sekolah hendaklah memaklumkan dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga mereka,
  6. Sekiranya penggambaran melibatkan pensyarah, guru atau kakitangan sekolah, maktab perguruan dan politeknik, mereka hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada ketua jabatan masing-masing.
  7. Nama individu, sekolah, maktab perguruan dan politeknik yang terlibat dalam penggambaran, sama ada besar ataupun kecil peranannya, hendaklah dimasukkan dalam “ending credit”.
  8. Syarikat perfileman hendaklah menanggung kos penggunaan kemudahan elektrik dan air yang terdapat dl sekolah, maktab perguruan atau politeknik.
  9. Kebersihan kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik hendaklah sentiasa diberi perhatian.
  10. Keselamatan semua pihak di sekolah, maktab perguruan dan politeknik hendaklah sentiasa diberi keutamaan.
  11. Harta benda sekolah, maktab perguruan dan politeknik hendaklah sentiasa dijaga. Syarikat bertanggungjawab menggantikan segala perkakas dan peralatan yang rosak atau hilang semasa penggambaran.
  12. Pelakon-pelakon dan krew penggambaran hanya dibenarkan berada atau berkerja diruang-ruang yang telah dipersetujui sahaja,
  13. Syarikat perfileman digalakkan menganjurkan sesi berbentuk akademik berkaitan perfileman seperti ceramah, demonstrasi dan dialog dengan pihak sekolah, maktab perguruan atau politeknik bagi menambahkan pengetahuan pensyarah, guru atau pelajar berkaitan dengan bidang perfileman.
  14. Syarikat perfileman hendaklah menyertakan synopsis/skrip filem bersama-sama permohonan untuk membuat penggambaran.
  15. Syarikat dikehendaki mengisi dan menandatangani surat peijanjian seperti di lampiran.
  16. Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya satu bulan sebelum tarikh penggambaran dan dikernukan kepada Pengarah Bahagian atau Pengarah Pendidikan Negeri yang berkenaan untuk mendapat kelulusan.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah, maktab perguruan dan politeknik di negeri Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.08/1998 Pekeliling Garis Panduan dan Syarat-Syarat Penggambaran Di Kawasan Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik Oleh Pihak Luar

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu garis panduan dan syarat-syarat penggambaran di kawasan sekolah, maktab perguruan dan politeknik oleh pihak luar dikeluarkan.

Nama Pekeliling : Garis Panduan dan Syarat-Syarat Penggambaran Di Kawasan Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik Oleh Pihak Luar

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.08/1998 Pekeliling Garis Panduan dan Syarat-Syarat Penggambaran Di Kawasan Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik Oleh Pihak Luar

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment