SPI Bil.08/1994 Pekeliling Pelaksaan Kokurikulum Pada Tahun 5 dan Tahum 6 KBSR

Pelaksaan Kokurikulum Pada Tahun 5 dan Tahum 6 KBSR

 

Tujuan Pekeliling Pelaksaan Kokurikulum Pada Tahun 5 dan Tahum 6 KBSR dikeluarkan

Surat Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan tentang pelaksanaan masa kokurikulum dalam jadual waktu KBSR bagi Tahun 5 dan Tahun 6.

Latar Belakang

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum Bil.2/92 pada 27 Mac 1992 telah memutuskan supaya mata pelajran Kemahiran Hidup dilaksanakan untuk pelajar Tahap II mulai sesi persekolahan 1992/1993. Untuk mencukupkan dua waktu (60 minit) bagi mata pelajaran ini, satu waktu telah diambil dari Bahasa pengantar dan satu waktu lagi dari waktu tambahan menjadikan jumlah peruntukan masa seminggu KBSR 1470 minit.

Perhatian

Apabila Mesyuarat JPK Bil.3/93 memutuskan supaya kokurikulum dikeluarkan daripada jadual waktu rasmi persekolahan, satu waktu kokurikulum Tahap II (30 minit) diberi kepada Kemahiran Hidup. Ini bermakna satu waktu tambahan bagi Kemahiran Hidup tersebut dibatalkan dan jumlah peruntukan mada seminggu KBSR kembali kepada 1440 minit bagi Tahap II.

Peruntukan masa kokurikulum yang diberi kepada Sains dilaksanakan pada Tahun 4 mulai sesi persekolahan 1994/1995. Oleh itu satu waktu (30 minit) untuk kokurikulum yang diberikan kepada Sains pada Tahun 5 hanya akan mula dilaksanakan pada sesi persekolahan 1995/1996 dan pada Tahun 6 sesi persekolahan 1996/1997. Ini bermakna kokurikulum (satu waktu) masih perlu dilaksanakan pada Tahun 5 dan Tahun 6 sesi persekolahan 1994/1995 dan pada Tahun 6 sesi persekolahan 1995/1996.

Pelaksanaan

Sila edarkan Pekeliling ini kepada semua sekolah rendah serta maktab perguruan untuk tindakan selanjutnya.

SPI Bil.08/1994 Pekeliling Pelaksaan Kokurikulum Pada Tahun 5 dan Tahum 6 KBSR

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan tentang pelaksanaan masa kokurikulum dalam jadual waktu KBSR bagi Tahun 5 dan Tahun 6.

Nama Pekeliling : Pelaksaan Kokurikulum Pada Tahun 5 dan Tahum 6 KBSR

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.08/1994 Pekeliling Pelaksaan Kokurikulum Pada Tahun 5 dan Tahum 6 KBSR

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment