SPI Bil.07/2011 Pekeliling Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid

Surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Standard Operating Procedure Pelaporan dan Tindakan Menangai Isu Disiplin Murid

Sejak kebelakangan ini, terdapat kes-kes berkaitan disiplin murid yang berlaku di sekolah telah lambat ditangai sehinga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalngan pihak-pihak yang terlibat. Kelewatan tersebut bukan sahaja telah menjejaskan reputsan serta prestasi sesebuah sekolah malah juga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Selain itu, terdapat juga kes atau insiden yang berlaku di sekolah tidak dilaporkan kepada KPM dan laporan mengenai kejadian hanya disampaikan setelah beberapa hari berlaku atau sekolah diminta oleh KPM. Hal yang demikian telah menggambarkan kelemahan pengurusan semua peringkat di KPM dalam menangani isu ini.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan bagi mengatasi kelewatan seperti tersebut. Semua Jabtan Pelajar Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah perlu mematuhi tahap kesegeraan menangani isu ini menerusi pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7. Bersama-sama ini disertakan panduan pelaksanaan seperti di Lampiran S.O.P 1:3:7.

Kerjasama Y.Bhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandaungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada PPD, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran masing-masing.

Lampiran S.O.P 1:3:7 : Pelaksanaan Standard Operasi Procedur SOP Laporan Isu Disiplin Murid

Tujuan

Tujuan penyediaan SOP Laporan Isu Disiplin Murid ini adalah untuk menjadi panduan kepada Jabatan Pelajaran Negeri, PPD dan sekolah dalam memathui tahap kesegeraan penyampaian maklumat dan laporan berkaitan isu pendidikan khususnya yang berkaitan disiplin murid kepada KPM.

Selain itu, adalah untuk menilai tahap prestasi sesebuah sekolah dengan mengambil kira pematuhan tahap kesegeraan tindakan bagi menangani isu disiplin murid.

Latar Belakang

Sejak kebelakangan ini, terdapat isu-isu berkaitan disiplin murid yang berlaku di sekolah telah disiarkan terlebih dahulu melalui media massa. Ini bererti pihak JPN/PPD lambat atau tidak melaporkan isu-isu tersebut kepada KPM. Laporan mengenai kejadian hanya disampaikan kepada KPM setelah bebrapa hari berlaku atau setelah diminta oleh KPM.

Sikap sesetengah pentadbir sekolah yang gagal bertindak segea menghubungi KPM amatlah dikesali dan perlu diperbetulkan. Sehubungan itu, Y.Bhg. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perbincangan bersama Pengarah Bahagian Pengurusan Seskolah Harian BPSH dan Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti JNJK KPM pada 8 mac 2011 telah meminta agar perkara ini ditangani segera secara bersama dengan semua JPN.

Rasional

KPM sebagai ibu pejabat dalam semua ha berkaitan pengurusan pendidikan merupakan pihak yang perlu dimaklumkan terlebih dahulu berkaitan dengan sebarang isu mengenai tingkah laku tidak berdisiplin murid yang berlaku di sekolah.

Kelewatan dalam menyedia dan memberikan maklumbalasa berkaitan isu disiplin murid kepada kepemimpinan tertinggi di KPM boleh menjejaskan reputasi serta prestasi bukan sahaja bahagian atau jabatan di bawahnya malah juga KPM secara keseluruhan.

Pelaksanaan SOP

Laporan berkaitan isu atau insiden yang melibatkan tingkah laku tidak berdiplin oelh murid di sekolah hendaklah disampaikan dengan kadar segera oleh JPN kepada KPM. Segera bagi maksud SOP ini adalah seperti berikut :

  • Pada hari berlakunya kes atau insiden sekiranya berlaku di sekolah.
  • Pada hari kes atau insiden tersebar melalu media massa sekiranya kes atau insiden berlaku di luar sekolah atau dalam masa cuti sekolah atau sememangnya diluar pengetahuan pihak sekolah.
  • Sekiranya kes atau insiden berlaku di luar sekolah atau dalam masa cuti sekolah di mana pihak sekolah mengetahuinya maka hendaklah segera menyampaikan maklumat atau laporan tersebut kepada JPN.

Segera bagi maksud SOP ini juga dikira bersarkan tempoh hari iaitu pada kadar 1:3:7 seperti jadual 1.

Jadual 1 : Kadar atau tempoh masa laporan dan penyelesaian kes disiplin

Memastikan isu tingkah laku tidak berdisiplin oleh murid diselesaikan dalam tempoh tujuh hari di peringkat sekolah, PPD, JPN. Penyelesaian yang berada dalam bidang kuasa pentadbiran sekolah, PPD dan JPN.

Sekiranya keas atau insiden tersebut melibatkan pihak berkuasa lain seperti pendakwaan di mahkamah, maka tempoh preses tersebut adalah tidak dikira dalam perlaksaan SOP ini.

Carta Alir Prosedur Tindakan Laporan Isu Disiplin Murid Mengikut SOP 1:3:7

Carta Alir Prosedur Tindakan Laporan Isu Disiplin Murid Mengikut SOP 1 3 7

SPI Bil.07/2011 Pekeliling Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai penambahbaikan dan penyebaran SOP baru mengenai laporan kes disiplin murid di sekolah.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan SOP 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid 

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.07/2011 Pekeliling Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid

Oleh : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!