SPI Bil.07/2002 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran English For Science And Technology (EST)

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN ENGLISH FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY (EST)

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran English For Science And Technology (EST) dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan memaklumkan bahawa mata pelajaran English for Science and Technology (EST) akan diperkenalkan bagi peringkat sekolah menengah atas seluruh negara pada Tahun 2003.

Perhatian

Mata pelajaran EST adalah mata pelajaran Elektif yang Wajib diambil oleh semua murid Tingkatan 4 dan 5 aliran Sains dan Teknologi. Bagi murid yang bukan dalam aliran Sains dan Teknologi mereka bolehlah mengambil mata pelajaran EST sebagai mata pelajaran Elektif Pilihan. Mata pelajaran EST akan ditawarkan dalam peperiksaan SPM Tahun 2004.

Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran EST adalah sebanyak tiga (3) waktu iaitu seratus dua puluh (120) minit seminggu dan hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu rasmi sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran EST hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.07/2002 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran English For Science And Technology (EST)

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan bahawa mata pelajaran English for Science and Technology (EST) akan diperkenalkan bagi peringkat sekolah menengah atas seluruh negara pada Tahun 2003.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Mata Pelajaran English For Science And Technology (EST)

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.07/2002 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran English For Science And Technology (EST)

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment