SPI Bil.07/2001 Pekeliling Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

 

Tujuan Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi panduan pakaian guru ketika bertugas di sekolah.

Latar Belakang

Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam.

Perhatian

Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.

Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh 18 Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan. Sekian.

SPI Bil.07/2001 Pekeliling Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberi panduan pakaian guru ketika bertugas di sekolah.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.07/2001 Pekeliling Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!