SPI Bil.07/1999 Pekeliling Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

 

Tujuan Pekeliling Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyarankan supaya sekolah-sekolah menengah di seluruh negara menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

 Latar Belakang

Akhir-akhir ini bilangan kes jenayah yang melibatkan murid sekolah didapati meningkat serta membangkitkan kebimbangan banyak pihak. Gejala anti-sosial ini perlu diberi perhatian serius dan sewajarnya ditangani secara menyeluruh dan bersepadu oleh semua pihak. Usaha secara berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap jenis dan pola pelakuan jenayah yang berubah-ubah mengikut perubahan persekitaran sosial sekolah.

Sebab-sebab Penubuhan

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah ini adalah di antara langkah yang boleh diambil untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah dan langkah-langkah mencegahinya. Selain daripada itu penubuhan kelab ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara sekolah dengan pihak polis dalam usaha membenteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

Perhatian

  1. Keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan yang berisiko jenayah tinggi.
  2. Penubuhan kelab ini tidak bertindih dengan kelab-kelab lain yang mempunyai matlamat yang serupa.
  3. Penasihat Kelab hendaklah terdiri daripada guru sekolah dan Pegawai Perhubungan Polis berperanan sebagai penasihat pakar luar.
  4. Guru penasihat hendaklah menjadi penggerak utama dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan, perjalanan dan pelaksanaan pelbagai kegiatan kelab.

 

Pelaksanaan

Untuk panduan dan rujukan sekolah, contoh perlembagaan kelab disertakan bersama-sama ini. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.07/1999 Pekeliling Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

Secara ringkasnya, pekeliling ini menyarankan supaya sekolah-sekolah menengah di seluruh negara menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

Nama Pekeliling : Pekeliling Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

Format Fail : PDF

Download :SPI Bil.07/1999 Pekeliling Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment