SPI Bil.07/1997 Pekeliling Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina/Bahasa Tamil Di Sekolah Kebangsaan

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa CinaBahasa Tamil Di Sekolah Kebangsaan

 

Tujuan Pekeliling Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina/Bahasa Tamil Di Sekolah Kebangsaan dikeluarkan

Surat pekeliling ini adalah bertujuan menggariskan cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina (BC) dan Bahasa Tamil (BT) sebagai bahasa tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).

Latar Belakang

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat 6/95 bertarikh 20 November 1995 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Ke-135 bertarikh 1 April 1997 menetapkan pelaksanaan BC/BT di SK sebagai bahasa tambahan setaraf dengan mata pelajaran lain.  Pusat Perkembangan Kurikulum telah menjalankan program projek rintis di 94 buah sekolah seluruh negara di sepanjang tahun 1996 dan 1997. Seterusnya, Huraian Sukatan Pelajaran dan modul pembelajaran bagi kedua-dua bahasa tersebut telah diedarkan ke sekolah-sekolah melalui guru-guru yang diberi pendedahan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Dengan itu, pelaksanaan program ini di semua SK akan bermula pada awal penggal persekolahan tahun 1998.

Syarat-syarat

Perlu disedarkan walaupun murid-murid tidak boleh dipaksa, pihak pengurusan sekolah hendaklah memberi galakan serta dorongan kepada murid-murid untuk menyertai kelas BC dan BT. Pihak pengurusan sekolah hendaklah seboleh-bolehnya mengadakan kelas-kelas tersebut dalam jadual waktu sekolah. Seterusnya pengurusan sekolah hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut bagi maksud menubuhkan kelas-kelas BC/BT :

  1. Surat Kebenaran ibu bapa/penjaga secara bertulis mesti diperolehi sebelum murid berkenaan menyertai kelas BC/BT.
  2. Memenuhi permintaan daripada sekurang-kurangnya 15 orang ibu bapa.
  3. Masa sebanyak 120 minit seminggu diberi kepada mata pelajaran tersebut.

Diharapkan semua kelas BC/BT dadpat dimulakan sebaik sahaja penggal bermula pada setiap tahun. Guru-guru dan sekolah masing-masing hendaklah dikenalpasti untuk mengajar bahasa tersebut. Sekiranya tidak ada guru yang berkebolehan dalam BC/BT, perlantikan guru sepenuh masa boleh dipertimbangkan dengan kadar bayaran yang ditetapkan oleh pekeliling PK.157349/Jld.3/(121) bertarikh 9 Julai 1980 Bil. 5/80.

Pelaksanaan

Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua Guru Besar di negeri masing-masing.

SPI Bil.07/1997 Pekeliling Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina/Bahasa Tamil Di Sekolah Kebangsaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan menggariskan cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina (BC) dan Bahasa Tamil (BT) sebagai bahasa tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).

Nama Pekeliling : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina/Bahasa Tamil Di Sekolah Kebangsaan

Format Fail : PDF

Download :SPI Bil.07/1997 Pekeliling Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina/Bahasa Tamil Di Sekolah Kebangsaan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!