SPI Bil.07/1995 Pekeliling Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingatkan pengetua, guru besar dan guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduan-panduan seperti yang terkandung dalam :

  1. Panduan Am Disiplin Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Percetakan Adabi, Kuala Lumpur, 1981.
  2. Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pendidikan, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988
  3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.

Latar Belakang

Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh pihak sekolah sama ada oleh pengetua, guru besar atau guru-guru ke atas pelajar-pelajar seperti mana yang dilaporkan di media massa. Antaranya pelajar dijemur di tengah panas, melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan, mencubit hingga berdarah, merotan hingga melukai dan mencederakan, berlari dengan memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.

Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat umum. Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di bilik darjah atau di persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan terselindung daripada penglihatan kita, misalnya pengucapan kata-kata yang kesat dan penyingkiran pelajar-pelajar dengan cara memandang sepi dimana kesemuanya ini merupakan pemusnahan semangat dan melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang telah digariskan bagi panduan pengetua, guru besar dan guru-guru.

Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk antara guru dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa untuk tatapan masyarakat. Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran dan maruah profesion perguruan akan terus tercabar dan seterusnya akan menggugat reputasi Kementerian Pendidikan.

Antara panduan yang pernah dijelaskan

  1. Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu.
  2. Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan, cacian dikhalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lainlain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.

Pelaksanaan

Diharap Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua pengetua, guru besar dan guru-guru.

SPI Bil.07/1995 Pekeliling Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengingatkan pengetua, guru besar dan guru-guru supaya tindakan disiplin yang diambil hendaklah berdasarkan panduan-panduan tertentu.

Nama Pekeliling : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.07/1995 Pekeliling Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!