SPI Bil.06/2016 Surat Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari-Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat

SPI Bil.06/2016 Surat Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari-Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat

Tujuan Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari-Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan cuti bergilir yang boleh dilaksanakan oleh sekolah pada hari peperiksaan awam/ pentaksiran pusat.

Latar Belakang

Hari persekolahan di Malaysia adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998. Di dalam peraturan ini dinyatakan secara jelas perkara yang berkaitan hari dan cuti persekolahan.

Walaubagaimanapun terdapat guru besar atau pengetua sekolah yang telah memberikan cuti kepada murid pada hari tertentu semasa peperiksaan awam/pentaksiran pusat dijalankan.

Contohnya pada masa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijalankan, murid-murid yang tidak terlibat telah diberikan cuti oleh Guru Besar di sepanjang tempoh penilaian dijalankan.

Demikian juga di peringkat menengah terdapat sebilangan Pengetua yang telah memberikan cuti kepada murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam/pentaksiran pusat. Dalam hal ini Pengetua telah membenarkan murid diberi cuti secara bergilir di sepanjang tempoh peperiksaan awam/pentaksiran pusat tersebut dijalankan.

Berdasarkan maklum balas daripada pihak Guru Besar mahupun Pengetua, murid diberi cuti pada hari berkaitan berdasarkan faktor berikut:

  1. Bagi sekolah yang tidak mempunyai dewan, kelas-kelas digunakan untuk kegunaan peperiksaan awam/pentaksiran pusat;
  2. Membolehkan peperiksaan dijalankan dengan tenang tanpa gangguan daripada murid lain yang tidak menduduki peperiksaan awam/pentaksiran pusat tersebut; dan
  3. Ramai guru diperlukan untuk mengawas peperiksaan awam/pentaksiran pusat di sekolah lain.

Pelaksanaan

KPM melalui Surat Pekellling lkhtisas Bilangan 5/1990, bertarikh 23 Ogas 1990 telah membenarkan cuti bergilir pada hari peperiksaan kepada murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan tersebut. Walau bagaimanapun SPI tersebut hanya meliputi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sahaja.

Berdasarkan faktor yang dinyatakan dalam perenggan 5, KPM berpandangan terdapat keperluan untuk pihak sekolah melaksanakan cuti secara bergilir. Sehubungan itu SPI ini hendaklah ·difahami seperti berikut :

  1. Hari-hari peperiksaan awam/pentaksiran pusat hendaklah dianggap sebagai hari persekolahan;
  2. Murid selain daripada mereka yang menduduki peperiksaan awam/ pentaksiran pusat, boleh dicutikan pada hari-hari peperiksaan awam/ pentaksiran pusat dijalankan secara bergilir mengikut kelas atau Tahun/Tingkatan;
  3. Bilangan kehadiran bagi murid yang dicutikan tidak diambil kira sebagai hari persekolahan murid tersebut.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa pada tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan.

Pemansuhan

Dengan berkuatkuasanya surat pekeliling ini, maka Surat Pekellling lkhtlsas Bilangan 5/1990: Cuti Pada Hari-hari Peperiksaan Sljil Rendah Pelajaran (SRP) adalah dibatalkan.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Sahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan.

SPI Bil.06/2016 Surat Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari-Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai kebenaran pemberian cuti pada hari-hari peperiksaan awam pentaksiran pusat.

Nama Pekeliling : Cuti Pada Hari-Hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat

Format Fail : PDF

Download : Surat Pekeliling Ikhtisas Cuti Pada Hari-hari Peperiksaan Awam Pentaksiran Pusat

Oleh : Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!