SPI Bil.06/2003 Pekeliling Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

DASAR PENGGUNAAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tujuan Pekeliling Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu dasar penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Latar Belakang

Seperti yang kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan telah membekalkan sekolah-sekolah dengan pelbagai jenis teknologi (perkakasan dan perisian) dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesasnan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teknologi utama yang dibekalkan kepada sekolah ialah komputer dan perantinya, Digital Multimedia Systems, rancangan TV Pendidikan, dan perisian pendidikan (courseware). Pembekalan teknologi ini dibuat secara berperingkat-peringkat.

Perhatian

Kementerian Pendidikan telah memberi latihan kepada guru-guru melalui latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan tentang cara mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan juga diberikan bagi mendedahkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk memilih dan menggunakan teknologi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaraan.

Untuk membantu guru-guru mengaplikasikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi, Kementerian Pendidikan telah menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah yang telah dibekalkan kepada semua sekolah. Buku ini memberi penerangan yang lebih terperinci tentang cara mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selaku instructional leader di peringkat sekolah masing-masing, Pengetua dan Guru Besar perlulah melaksanakan pemantauan berterusan ke atas pengajaran guru dan pembelajaran murid bagi memastikan guru dan pelajar memanfaatkan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Langkah-langkah

Rancangan TV Pendidikan Melalui Saluran ASTRO

  1. Memastikan sekolah menerima Jadual Siaran TV Pendidikan serta Nota Guru.
  2. Mengadakan Jadual Waktu bagi penggunaan siaran TV Pendidikan berdasarkan jadual Siaran TV Pendidikan.
  3. Menyediakan Buku Log untuk mencatatkan tontonan rancangan TV Pendidikan.
  4. Mewajibkan guru-guru memasukkan sesi menonton siaran TV Pendidikan Harian/Mingguan/Tahunan masing-masing.
  5. Sekiranya ada waktu siaran rancangan TV Pendidikan yang tidak sesuai dengan jadual waktu bilik darjah, perlu ada usaha untuk merakamkan rancangan TV ke dalam pita. Pastikan guru menggunakan pita rancangan itu pada waktu lain persekolahan.

Perisian Kursus Pendidikan (Courseware) Untuk Pelajar

  1. Wajib menggunakan perisian kursus pendidikan yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan. Terdapat dua versi perisian kursus pendidikan, iaitu versi Bahagian Teknologi Pendidikan dan versi Sekolah Bestari.
  2. Memastikan sekolah menerima CD berserta Panduan Pengguna.
  3. Elakkan daripada membeli perisian cetak rompak. Sekiranya sekolah berhasrat membeli perisian kursus, judul perisian yang hendak dibeli perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. Sekiranya terdapat syarikat yang pergi ke sekolah untuk menjual perisian kursus, hendaklah menasihati syarikat itu supaya menghubungi Bahagian Teknologi Pendidikan. Ini kerana Bahagian Teknologi Pendidikan mengendalikan penilaian perisian pendidikan untuk kegunaan sekolah.

Makmal Komputer

  1. Bagi sekolah yang mempunyai Makmal Komputer, pastikan makmal digunakan sepanjang masa.
  2. Memastikan perisian yang terdapat dalam makmal adalah yang tulin.
  3. Mengadakan Jadual Waktu bagi penggunaan Makmal Komputer.
  4. Menyediakan Buku Log untuk mencatatkan penggunaan Makmal Komputer.
  5. Mewajibkan guru-guru memasukkan penggunaan Makmal Komputer dalam Rancangan Mengajar Haarian/Mingguan/Tahunan masing-masing

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.06/2003 Pekeliling Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu dasar penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Nama Pekeliling : Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.06/2003 Pekeliling Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment