SPI Bil.06/2002 Pekeliling Apa Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan

Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan

 

Tujuan Pekeliling Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan memaklumkan tentang penggunaan kalkulator saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan di sekolah menengah serta pemakaiannya dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Latar Belakang

Penggunaan Kalkulator Saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah adalah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang disemak semula mulai tahun 2002. Justeru kalkulator saintifik hendaklah digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

Mata Pelajaran Yang dibenarkan Menggunakan Kalkulator Saintifik

  1. Matematik Tambahan bermula tahun 2002 di Tingkatan 4.
  2. Matematik bermula tahun 2002 di Tingkatan 4.
  3. Matematik bermula tahun 2003 di Tingkatan 2.

Pengajaran dan pembelajaran Matematik di Tingkatan 1 tidak menggunakan kalkulator saintifik.

Syarat Penggunaan Kalkulator Saintifik Dalam Peperiksaan

  1. di peringkat SPM mulai tahun 2003 untuk semua kertas soalan kecuali manamana kertas soalan yang akan dinyatakan kemudian.
  2. di peringkat PMR mulai tahun 2004 untuk semua kertas soalan kecuali Matematik kertas 2 dan mana-mana kertas soalan yang akan dinyatakan kemudian.

Kriterian Penggunaan Kalkulator Dalam Peperiksaan Kebangsaan

  1. kecekapan penggunaan kalkulator saintifik bukan perkara yang diuji dalam peperiksaan tetapi merupakan alat membantu pelajar membuat pengiraan
  2. calon tidak dikenakan penalty jika tidak menggunakan kalkulator saintifik atau menggunakan kalkulator lain yang kurang fungsinya daripada spesifikasi yang ditetapkan
  3. ketepatan jawapan tidak bergantung kepada bilangan angka yang diberi oleh kalkulator tetapi bergantung kepada ketepatan pengiraan yang dibuat oleh calon
  4. pemberian markah masih berdasarkan kerja calon yang ditunjukkan atas kerta jawapan serta kecekapan calon menyelesaikan soalan yang diberi.

Perhatian

  1. Buku sifir matematik masih dibekalkan untuk kegunaan calon semasa peperiksaan sekiranya diperlukan.
  2. Pengetua sekolah diminta memastikan bahawa setiap murid/pelajar mempunyai kalkulator saintifik mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam Lampiran 1 untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan.
  3. Dengan ini pekeliling KP(BS)8591/Jld.XVIII(3) bertarikh 24 Januari 2002, pekeliling LP.SPM/150/2Klt.4(33) bertarikh 21 Mei 2002 dan pekeliling LP.PMR.169/1/2002(98) bertarikh 18 Jun 2002 adalah terbatal.

Pelaksanaan

Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Pekeliling ini kepada semua sekolah menengah dan calon PMR dan SPM di negeri Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.06/2002 Pekeliling Apa Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan tentang penggunaan kalkulator saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan di sekolah menengah

Nama Pekeliling : Apa Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.06/2002 Pekeliling Apa Penggunaan Kalkulator Saintifik Di Sekolah Menengah Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Serta Peperiksaan Kebangsaan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment