SPI Bil.06/2001 Pekeliling Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekolah

Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekola

 

Tujuan Pekeliling Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi memastikan murid-murid sekolah tidak terlibat dengan gejala yang boleh diperoleh di premis-premis tersebut.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan memandang berat akan perkembangan terkini mengenai bertambahnya bilangan penglibatan murid-murid sekolah dengan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) di Cybercafe dan aktiviti permainan video di Pusat Permainan Video. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa kegiatan di Cybercafe dan Pusat Permainan Video mempunyai banyak unsur-unsur negatif yang boleh mempengaruhi murid-murid sekolah. Oleh sebab Cybercafe dan Pusat Permainan Video adalah merupakan syarikat perniagaan swasta yang berada di luar kawasan sekolah, maka pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam, termasuk murid-murid sekolah daripada mengunjungi premis tersebut. Oleh hal yang demikian, perkara yang paling membimbangkan ialah murid-murid sekolahterdedah kepada penyalahgunaan aktiviti-aktiviti tersebut, khususnya penerokaan yang ditumpukan kepada perkara negatif seperti bahanbahan lucah dan perjudian haram yang boleh melalaikan serta memesongkan tumpuan mereka terhadap pelajaran dan kegiatan lain yang lebih sihat, sama ada di sekolah mahupun di rumah.

Perananan Sekolah

Pihak sekolah mesti mempertingkatkan serta memantapkan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang menyeronokkan agar dapat menarik penglibatan aktif murid. Semoga kegiatan seperti ini bukan sahaja dapat menghindar daripada apa juga budaya negatif, malah ia dapat memperkasakan pembentukan sahsiah dan emosi murid-murid.

Pelaksanaan

Sehubungan dengan itu, Pengetua dan Guru Besar sekolah hendaklah menerangkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua murid di sekolah masing-masing. Selain daripada itu, Pengetua dan Guru Besar juga dikehendaki mendapatkan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing, pihak operator Cybercafe dan Pusat Permainan Video, dan pihak-pihak berkuasa tempatan untuk sama-sama memantau kegiatan murid-murid sekolah di premis-premis yang berkenaan. Kerjasama dan Permuafakatan semua pihak adalah diperlukan untuk memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas ini dipatuhi. Manakala, tindakan disiplin yang sesuai hendaklah diambil terhadap mana-mana pelajar yang terlibat dalam kegiatan negatif tersebut.

SPI Bil.06/2001 Pekeliling Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi memastikan murid-murid sekolah tidak terlibat dengan gejala yang boleh diperoleh di premis-premis tersebut.

Nama Pekeliling : Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekolah

Format Fail : PDF

Download :SPI Bil.06/2001 Pekeliling Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!