SPI Bil.06/1997 Pekeliling Amalan Kebersihan Di Sekolah

Amalan Kebersihan Di Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Amalan Kebersihan Di Sekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan menperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan ke atas perkara-perkara kebersihan di sekolah.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil perhatian berat terhadap tahap kebersihan di sekolah-sekolah. Walaupun usaha meningkatkan amalan kebersihan telah dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh kebanyakan sekolah, namun keberkesanannya didapati masih belum mencapai tahap yang diingini. Amalan kebersihan perlu ditegaskan pada setiap masa dan segala usaha ke arah itu hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan bahawa semua warga sekolahnya benar-benar memahami serta mengamalkan kebersihan sebagai cara hidup yang dihayati.

Perhatian

  1. Mewujudkan iklim sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap masa.
  2. Menyediakan panduan kebersihan bagi sekolah.
  3. Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti peningkatan kebersihan sekolah.
  4. Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

SPI Bil.06/1997 Pekeliling Amalan Kebersihan Di Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan menperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan ke atas perkara-perkara kebersihan di sekolah.

Nama Pekeliling : Amalan Kebersihan Di Sekolah

Format Fail : PDF

Download :SPI Bil.06/1997 Pekeliling Amalan Kebersihan Di Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment