SPI Bil.06/1994 Pekeliling Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah

Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar  Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah

 

Tujuan Pekeliling Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar  Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu usaha menanam semangat patriotisme di kalangan pelajar  dan senaman ringkas dalam bilik darjah dikeluarkan.

Latar Belakang

Semangat patriotisme merupakan intipati keutuhan negara dan kesejahteraan rakyatnya.  Menanam semangat patriotisme adalah menjadi sebahagian daripada aspek pendidikan menyeluruh dan bersepadu. Sebagai rakyat Malaysia, setiap pentadbir sekolah, guru dan pelajar hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang serius mengenai soal taat setia dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada negara.

Perhatian

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia telah mengarahkan supaya semangat patriotisme di tanam melalui upacara-upacara seperti berikut :

  1. Menaikkan bendera Malaysia dan menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku
  2. Melafazkan ikrar taat setia

Upacara menaikkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan dan melafazkan ikrar, sebaik-baiknya dijalankan dalam perhimpunan mingguan atau harian. Sekiranya upacara-upacara tersebut tidak dapat dijalankan secara perhimpunan beramai-ramai pada setiap minggu atau setiap hari, ianya hendaklah dijalankan serentak di dalam bilik darjah masing-masing setiap hari pada waktu-waktu yang sesuai mengikut budi bicara pihak sekolah. Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sistem siar raya yang baik, kemudahan ini patut digunakan bagi menentukan supaya upacara-upacara dapat dijalankan secara serentak bagi seluruh sekolah.

Adalah diingatkan supaya upacara-upacara menanam semangat patriotisme dijalankan secara terhormat, serius dan penuh pengertian serta penghayatan oleh setiap pendidik dan pelajaar. Contoh lafaz ikrar disertakan. Bagi menentukan kecergasan pelajar, Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyarankan supaya senaman ringkas diadakan di dalam bilik darjah sebelum guru memulakan pengajaran pada waktu pertama. Kementerian Pendidikan berharap upacara-upacara berkaitan dengan patriotisme dan senaman ringkas beramai-ramai dalam bilik darjah dapat dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan serta-merta.

 

SPI Bil.06/1994 Pekeliling Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu usaha menanam semangat patriotisme di kalangan pelajar  dan senaman ringkas dalam bilik darjah dikeluarkan.

Nama Pekeliling : Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.06/1994 Pekeliling Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment