SPI Bil.06/1993 Pekeliling Pakaian Seragam Sekolah

Pakaian Seragam Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Pakaian Seragam Sekolah  dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menegaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan mengenai pakaian seragam sekolah ataupun menggunakan peraturan sendiri. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 bertarikh 14 Mac 1992, jelas menegaskan tidak ada unsur-unsur paksaan atau tekanan di dalam pemakaian seragam sekolah, terutama sekali di dalam pemakaian tudung atau mini telekung oleh pelajar-pelajar perempuan.

Latar Belakang

Telah sampai ke pengetahuan Kementerian Pendidikan bahawa terdapat pelbagai aduan mengenai pihak sekolah mengenakan paksaan dan tekanan kepada murid-murid supaya memakai pakaian seragam sekolah selain daripada apa yang telah ditetapkan di dalam surat-surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan dengan pakaian seragam sekolah.

Surat-surat Pekeliling Berkenaan

  1. Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983         : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.
  2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985  : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan).
  3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992  : Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan.

Pelaksanaan

Kerjasama tuan diminta supaya mengingatkan semula semua guru besar dan pengetua di negeri tuan mengenai peraturan pakaian seragam sekolah.

SPI Bil.06/1993 Pekeliling Pakaian Seragam Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini menegaskan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan sama sekali menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan mengenai pakaian seragam sekolah ataupun menggunakan peraturan sendiri.

Nama Pekeliling : Pakaian Seragam Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.06/1993 Pekeliling Pakaian Seragam Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!