SPI Bil.06/1992 Pekeliling Penerimaan Hadiah Dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat dan Kerajaan Negara Luar

Penerimaan Hadiah Dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat dan Kerajaan Negara Luar

 

Tujuan Pekeliling Penerimaan Hadiah Dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat dan Kerajaan Negara Luar dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu agar semua sekolah adalah dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada Kementerian Pendidikan sebarang tawaran atau persetujuan berhubung dengan pemberian hadiah atau sumbangan, yang ingin disampaikan kepada sekolah oleh mana-mana pertubuhan, institusi, syarikat atau Kerajaan negara luar.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan memandang berat laporan mengenai sebilangan sekolah di bawah kawalan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan yang didapati pernah menerima secara terus hadiah dan sumbangan dalam bentuk barangan, peralatan dan kemudahan, daripada pertubuhan, institusi, syarikat dan Kerajaan negara luar, tanpa pengetahuan dan kebenaran Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri. Hal ini tidak sewajarnya berlaku dan perlu diberi perhatian

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri tuan.

SPI Bil.06/1992 Pekeliling Penerimaan Hadiah Dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat dan Kerajaan Negara Luar

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu agar semua sekolah adalah dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada Kementerian Pendidikan sebarang tawaran atau persetujuan berhubung dengan pemberian hadiah atau sumbangan, yang ingin disampaikan kepada sekolah.

Nama Pekeliling : Penerimaan Hadiah Dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat dan Kerajaan Negara Luar

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.06/1992 Pekeliling Penerimaan Hadiah Dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat dan Kerajaan Negara Luar

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment