SPI Bil.06/1985 Pekeliling Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/ Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian

Pekeliling Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/ Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian

Tujuan Pekeliling Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/ Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian dikeluarkan

Tujuan surat pekeliing ini adalah untuk menetapkan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi guru-guru, pensyarah-pensyarah, lain-lain pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran di sekolah, maktab pergurusan, politeknik, Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Peraturan pakaian ini adalah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam dalam Surat Pekeliing Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh 18hb Februari 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pekhidmatan Awam.

Sebagai golongan pendidik, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan lain-lain pegawai perkhidmatan pelajaran adalah sentiasa menjadi tumpuan pemerhatian pelajar-pelajar dan masyarakat, baik di dalam atau diluar sekolah/ maktab/ pejabat serta mempunyai pengaruh ke atas pendidikan pelajar-pelajar, termasuklah penyemaian akhlak dan nilai hidup yang baik. Untuk mencapai matlamat ini, guru-guru dan pensyarah-pensyarah serta lain-lain pegawai perkhidmatan pelajaran sewajarnyalah menunjukkan pakaan yang sesuai apabila bertugas di dalam atau diluar sekolah/ maktab dan di pejabat. Oleh yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuaian bagi guru-guru/pensyarah-pensyarah serta pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan perkhidmatan pelajaran adalah penting. Pakaian seumpama ini adalah melambangkan disiplin dan imeh profesion perguruan.

Peraturan Pemakaian Bagi Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan

Untuk tujuan ini, berikut adalah peraturan pakaian yang ditetapkan :

Sewaktu Bertugas di Bilik Darjah/ Kuliah

a) Guru-guru/ Pensyarah-pensyarah Lelaki

  • Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher) atau “bush-jacket” atau “lounge suit”. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
  • Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
  • Pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju melayu dan dipakai dnegan seluar panjang.
  • Pakaian baju melayu dengan kain sarong “jeans”, “track suit”, seluar pendek, kemeja T/sukan, jersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.

b) Guru-guru/ Pensyarah=pensyarah Perempuan

  • Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
  • Kasut kulit, selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.
  • Kasut sukan, “jeans”, “track suit”, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai.

Sewaktu Bertugas di Luar Bilik Darjah ( Ketika Menjalankan Gerakerja Pendidikan Jasmani dan Sukan) – Lelaki dan Perempuan

a) “Track Suit”, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru/pensyarah lelaki sahaja), kemeja sukan, jersi, kasut-getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerak geri dalam gerakerja tersebut.

b) Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerakgeri, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, adalah tidak sesuai dipakai.

Sewaktu Menjalankan KErja-kerja Praktik di Bilik Makmal/ Sains Rumah Tangga/ Bengkel Seni Perusahaan

a) Pakaian khas, jika ada, untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tempat-tempat berkenaan hendaklah dipakai.

b) Seluar panajang dan berbaju kemeja. Sekiranya memakai baju berlengan panjanag, lengan baju itu bolehlah dilipatkan, jika perlu.
c) Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah boleh dipakai dan hendaklah sesuai dengan jenis kerja-kerja praktik tersebut.

Sewaktu Menjalankan Kerja-kerja Praktik Sains Pertanian

a) Pakaian khas, jika ada, untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tempat berkenaan hendaklah dipakai.

b) Seluar panjang dan berbaju kemeja (jika berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan jika perlu) atau kemeha suka, kasut sukan atau kasut getah.

c) Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah atau lain-lain pakaian yang sesuai dengan kerja-kerja praktik tersebut dengan berkasut sukan atau berkasut getah.

Sewaktu Bertugas di Pejabat Sekolah/ Maktab/ Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian/ Jabatan Pelajaran Negeri/ Kementerian Pelajaran Bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran

a) Lelaki

  • Seluar panjang dan berbaju kemeja dan bertali leher, atau “bush jacket” atau “loung suit”. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan jika berlengan panajang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
  • Pakaian baju melayu yang lengkap dengan samping atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
  • Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, baju batik (batik buatan Malaysia) boleh dipakai. Kecuali pegawai-pegawai yang tidak dikehendaki pakaian seragam.
  • Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal hanya boleh dipakai dengan pakaian baju melayu yang lengkap dengan samping.

b) Perempuan

  • Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
  • Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan.
  • Kasut sukan, “jeans”, “slack”, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.

Pakaian Seragam

Kakitangan sekolah/maktab/pejabat yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah memakai pakaian tersebut sewaktu bekerja.

Pakaian Batik di Sekolah/ Maktab (lelaki)

Baju batik boleh dipakai pada bila-bila masa kecuali sekwatu mengajar secara rasmi di bilik darjah/kuliah atau dibilik darjah/ kuliah pada hari-hari persekolahan/ hari-hari kuliah.

Sewaktu Menghadiri/Bengkel dan Lain-lain Majlis Rasmi Peringkat Daerah/Negeri dan Kementerian

Seperti dinyatakan dalam penerangan diatas, jika tiada peraturan pakaian khas ditetapkan.

Pakaian Semasa Menghadiri Upaca Rasmi

a) Pakaian Rasmi (Formal) untuk Lelaki

  • Seseorang pegawai awam yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas, hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. Sulit 2578/pt. 1/35 bertarikh 8hb. Jun 1970 di Lampiran A mengenai Pakaian Seragam Pegawai-pegawai Tadbir dna Professional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform, maka lounge suit bolehlah dipakai kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan.

b) Pakaian untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)

  • Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan dimana tidak ada perwakilan daripada luar negeri. Maka pakaian waktu bertugas dipejabat seperti yang ditetapkan di dalam pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa, maka pakaian “lounge suit” hendakah dipakai.

Dengan surat pekeliling ini, Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran, Bil. 11/98 bertarikh 25hb. September 1968 : Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Ikhtisas Bil. 3/1979, bertarikh 2hb Mei 1979 dan surat siaran KP(S) 8591/Jilid 11/(14), bertarikh 2hb. Julai 1983 adalah dimansuhkan.

Adalah diharapkan tuan memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajarn di semua sekolah, maktab, politeknik, Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian di Kementerian Pelajaran.

SPI Bil.06/1985 Pekeliling Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/ Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai etika pemakaian bagi guru, pensyarah dan kakitangan perkhidmatan pelajaran di institusi pendidikan Malaysia.

Nama Pekeliling : Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/ Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian 

Format Fail : PDF

Download : Pekeliling Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/ Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian

Oleh : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!