SPI Bil.05/2003 Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab

PELAKSANAAN KURIKULUM SEMAKAN PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk mempekenalkan Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab.

Latar Belakang

Pelaksanaan Kurikulum semakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang berkuatkuasa mulai tahun 2003, adalah untuk membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan meningkatkan jati diri dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan supaya menjadi lebih berkesan bagi memenuhi kehendak negara. Kurikulum semakan ini memberi penekanan kepada kandungan teks kurikulum dan kaedah penyampaian yang lebih efektif.

Mata-mata Pelajaran Yang Terlibat Dengan Semakan Kurikulum di Atas dilaksanakan Mulai 2003 di Sekolah-sekolah Tertentu

  1. Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) .
    1. Pendidikan Islam (Teras) di Tahun 1 dan Tahun 4
    2. Bahasa Arab Komunikasi (Tambahan) di Tahun 1
  2. Sekolah Menengah Rendah.
    1. Pendidikan Islam (Teras) di Tingkatan 1
    2. Bahasa Arab Komunikasi (Tambahan) di Tingkatan 1
  3. Sekolah Menengah Atas
    1. Pendidikan Islam (Teras) di Tingkatan 4
    2. Bahasa Arab Komunikasi (Tambahan) di Tingkatan 4
    3. Tasawwur Islam (Elektif) di Tingkatan 4
    4. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah (Elektif) di Tingkatan 4
    5. Pendidikan Syariah Islamiah (Elektif) di Tingkatan 4
    6. Bahasa Arab Tinggi (Elektif) di Tingkatan 4

Pelaksanaan mata-mata pelajaran tersebut di atas selepas tahun 2003 adalah seperti dalam Jadual A dan B yang dilampirkan.

Peruntukan Masa

Semakan kurikulum mata-mata pelajaran yang terbabit tidak melibatkan perubahan dalam peruntukan masa. Peruntukan masa adalah yang telah ditetapkan dalam dokumen-dokumen berikut :

  1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Peruntukan-Peruntukan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
  2. Surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XVII/(8) : Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan.
  3. Surat Siaran Bil. (JAPIM)5206/4/41Jld.2(4) : Pelaksasnaan Jawi dan AlQuran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM Tahun 2003.

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

Sekolah-sekolah hendaklah mengguna pakai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mata-mata pelajaran di atas yang telah disemak semula seperti dinyatakan di (Mata-mata Pelajaran Yang Terlibat Dengan Semakan Kurikulum di Atas dilaksanakan Mulai 2003 di Sekolah-sekolah Tertentu)

Peperiksaan dan Penilaian

Mata-mata pelaajran di atas yang terlibat dengan semakan kurikulum akan dinilai dalam peperiksaan awam seperti berikut:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2004
  2. Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 2005.

Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam

Bagi mencapai tujuan di atas, semua Guru Pendidikan Islam KBSR dan KBSM hendaklah mematuhi dan melaksanakan perkara-perkara berikut:

  1. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan merujuk kepada BukuBuku Teks yang telah diperkaukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Menjalankan tugas dengan penuh amanah, tanggungjawab dan profesional, serta mematuhi garis panduan, peraturan, pekeliling perkhidmatan dan surat-surat siaran yang diterbitkan dari semasa ke semasa; dan
  3. Mengambil langkah-langkah bagi mengelak daripada melakukan kesilapan sama ada dari segi fakta, pedagogi, ataupun disiplin, semasa menjalankan tugas sebagai Guru Pendidikan Islam.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan Guru Pendidikan Islam di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.05/2003 Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab

Secara ringkasnya, pekeliling ini mempekenalkan Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.05/2003 Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!