SPI Bil.05/2000 Pekeliling Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000 dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan kepada semua sekolah menengah tentang pelaksanaan komponen Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Tujuan Komponen

Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar, serta memperkukuhkan kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Di samping itu, pengajaran komponen Kesusasteraan Melayu diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi pelajar, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya.

Tarikh Pelaksanaan

Komponen Kesusasteraan Melayu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mulai bulan Mac 2000 seperti yang berikut:

Mac 2000        : Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Tahun 2001     : Tingkatan 2 & Tingkatan 5

Tahun 2002     : Tingkatan 3

Bentuk dan Bilangan Teks

Bilangan teks bagi setiap tingkatan adalah seperti yang berikut:

  1. Satu novel daripada pilihan 4 judul yang ditetapkan (lihat Lampiran 1). Ini bermakna, seorang pelajar hanya wajib membaca dan mempelajari satu novel sahaja bagi setiap tingkatan.
  2. Satu teks antologi yang mengandungi 6 cerpen, 3 drama, 6 puisi moden (sajak), 6 puisi tradisional, dan 4 prosa tradisional (lihat Lampiran 2).

Karya-karya sastera dalam bentuk novel dan antologi ini akan diletakkan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks. Pengagihan novel akan dijalankan mengikut zon. Walau bagaimanapun, kelonggaran akan diberi kepada pihak sekolah untuk memilih judul novel yang sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah berkenaan mengikut keupayaan pihak sekolah.

Bahan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Sukatan Pelajaran, dan Huraian Sukatan Pelajaran (Edisi Penyesuaian) dari Tingkatan I hingga Tingkatan 5 bagi menjayakan pelaksanaan program ini.

Peruntukan Waktu

Dua waktu diperuntukkan kepada komponen Kesusasteraan Melayu daripada enam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu.

Penaksiran

Penaksiran pada peringkat sekolah dan peringkat pusat ialah:

  1. Peperiksaan Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  mulai  pada  Tahun
  2. Penilaian Menengah  Rendah  (PMR)  mulai  pada  Tahun

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan pekeliling ini kepada semua sekolah menengah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

SPI Bil.05/2000 Pekeliling Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

Secara ringkasnya, pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan kepada semua sekolah menengah tentang pelaksanaan komponen Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.05/2000 Pekeliling Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment