SPI Bil.05/1998 Pekeliling Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996

Tujuan Pekeliling Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996 dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu akan akta pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawah akta pendidikan 1996.

Latar Belakang

Adalah dimaklumkan bahawa Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa mulai daripada 31 Disember 1997. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, maka Akta Pelajaran 1961 telah dimansuhkan pada tarikh yang sama. Sehubungan dengan penguatkuasaan Akta Pendidikan  1996, maka beberapa Peraturan-peraturan baru telah digubal dan dikuatkuasakan mulai daripada I Januari 1998.

Peraturan-peraturan Tersebut

  1. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997;
  2. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik) 1997;
  3. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) (Maktab Pendidikan Guru) 1997;
  4. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan) (Maktab Pendidikan Guru) 1997;
  5. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan Di Politeknik) 1997;
  6. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
  7. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997;
  8. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997;
  9. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) (Pindaan) 1998; dan
  10. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997.

Perhatian

Peraturan-Peraturan di bawah Akta Pelajaran 1961 dan ordinan-ordinan sebelumnya yang tidak diliputi oleh peraturan-peraturan baru di bawah Akta Pendidikan 1996 adalah masih terpakai sehingga selesai disemak dan dimansuhkan. Pemansuhan peraturan-peraturan yang lama ini dan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang menggantikannya akan dimaklumkan kelak. Semua Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian, Pejabat Pendidikan Daerah, institusi pendidikan dan sekolah adalah dinasihatkan untuk memperolehi Akta dan Peraturan-peraturan ini. Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 seperti yang dinyatakan di atas boleh dipesan atau dibeli daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB). Alamat syarikat tersebut dan cawangan-cawangannya adalah seperti di lampirkan.

Pelaksanaan

Kandungan Pekeliling ini hendaklah dimaklumkan oleh Bahagian/Jabatan Pendidikan Negeri kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian, Pejabat Pendidikan Daerah, institusi pendidikan dan sekolah.

SPI Bil.05/1998 Pekeliling Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu akan akta pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawah akta pendidikan 1996.

Nama Pekeliling : Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.05/1998 Pekeliling Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment