SPI Bil.05/1997 Pekeliling Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

 

Tujuan Pekeliling Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah sejak Surat Pekeliling Ikhrisas ini dikeluarkan.

Latar Belakang

Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.

Kawasan

Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid. Perkara 4.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1993 : Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah adalah terbatal.

SPI Bil.05/1997 Pekeliling Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah sejak Surat Pekeliling Ikhrisas ini dikeluarkan.

Nama Pekeliling : Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Format Fail : PDF

Download :SPI Bil.05/1997 Pekeliling Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!