SPI Bil.05/1993 Pekeliling Penggunaan Simbol RM (Ringgit Malaysia) Dalam Peperiksaan

Penggunaan Simbol RM (Ringgit Malaysia) Dalam Peperiksaan

 

Tujuan Pekeliling Penggunaan Simbol RM (Ringgit Malaysia) Dalam Peperiksaan dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini adalah dikeluarkan dengan tujuan untuk melaksanakan penggunaan Ringgit Malaysia di semua sekolah

Latar Belakang

Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah menggunakan simbol RM (Ringgit Malaysia) menggantikan simbol ringgit ($) bagi menyatakan sesuatu kos. Selaras dengan penggunaan simbol RM ini, Kementerian Pendidikan akan mula menggunakan RM di dalam semua peperiksaan awam mulai tahun 1994. Penggunaan Ringgit Malaysia bukan sahaja pada tulisan tetapi juga pada sebutan.

Perhatian

  1. Kementerian Pendidikan juga akan mula menggunakan Ringgit Malaysia secara berperingkat-peringkat di dalam percetakan buku teks baru mulai tahun 1994.
  2. Semua guru yang mengajar mata pelajaran Matematik dikehendaki menggunakan RM menggantikan simbol ringgit di dalam pengajaran mereka.
  3. Buat permulaan ini guru-guru Matematik boleh meminta murid-murid mereka menggantikan simbol ringgit dengan RM yang terdapat di dalam buku Matematik sementara percetakan buku teks yang baru dikeluarkan.
  4. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain juga diminta membuat pertukaran simbol yang sama di dalam pengajaran dan juga buku teks.
  5. Guru-guru yang mengajar dalam tulisan Braille juga diminta membuat pertukaran simbol yang sama.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah menengah dan rendah di negeri tuan.

SPI Bil.05/1993 Pekeliling Penggunaan Simbol RM (Ringgit Malaysia) Dalam Peperiksaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk melaksanakan penggunaan Ringgit Malaysia di semua sekolah.

Nama Pekeliling : Penggunaan Simbol RM (Ringgit Malaysia) Dalam Peperiksaan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.05/1993 Pekeliling Penggunaan Simbol RM (Ringgit Malaysia) Dalam Peperiksaan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!