SPI Bil.05/1992 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993

Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993   dikeluarkan

Surat Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mulai sesi persekolahan tahun 1992/1993. Pelaksanaan ini akan dimulakan untuk Tahun 4 di semua sekolah rendah dan seterusnya untuk Tahun 5 pada sesi persekolahan tahun 1993/1994 dan Tahun 6 pada sesi persekolahan tahun 1994/1995.

Perhatian

Peruntukan masa bagi mata pelajaran ini ialah sebanyak dua waktu seminggu (30 minit x 2). Satu waktu diambil daripada waktu bahasa pengantar dan satu lagi daripada waktu yang diubahsuai. Bagi sekolah-sekolah yang hujung minggunya adalah pada hari Ahad, khususnya sekolah-sekolah dua sesi, pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup akan memberi kesan kepada penyusunan penjadualan waktu.

Dengan pelaksanaan Kemahian Hidup, mata pelajaran baru ini akan menggantikan Kemahiran Manipulatif dan Amalan Perdagangan. Waktu Amalan Perdagangan dipulangkan kepada mata pelajaran Matematik.

Cadangan

  1. Menambah 10 minit setiap hari untuk 3 hari kepada jadual waktu harian. Ini mewujudkan 1 waktu 40 minit sehari untuk 3 hari. Mata pelajaran yang diajar dalam 3 waktu 40 minit ini dapat memberikan 1 waktu 30 minit untuk Kemahiran Hidup. Cadangan jadual waktu 1a dan 1b dilampirkan bersama.
  2. Gabungan 10 waktu menjadi 5 waktu berkembar untuk satu hari tertentu. Kemudian 5 minit dikurangkan daripada setiap waktu berkembar berkenaan dan ini menghasilkan 25 minit ’lebihan’ seminggu. Dengan menambah 5 minit lagi akan dapat satu waktu tambahan. Cadangan jadual waktu 1c dan 1d dilampirkan bersama.
  3. Pihak sekolah boleh juga mengubahsuaikan jadual waktu sekolah mengikut kesesuaian dan kemudahan di sekolah masing-masing selain dari dua alternatif di atas.

Pelaksanaan

Y.Bhg. Dato’/Tuan adalah diminta menyebarkan kandungan surat ini kepada sekolah-sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan dan mengambil tindakan yang sesuai.

SPI Bil.05/1992 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mulai sesi persekolahan tahun 1992/1993

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.05/1992 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!