SPI Bil.04/2018 Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah

SPI Bil.04/2018 Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah

Tujuan Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah.

Latar Belakang

Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 22/2017 pada 6 Julai 2017 telah meluluskan cadangan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) dengan mengadakan kajian rintis di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. mesyuarat Profesional KPM Bilangan 23/2017 pada 13 Julai 2017 memutuskan garis panduan mengurus murid berisiko cicir dirintis di sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala LUmpur, Wilayah Persekutuan Putrajya dan Negeri Kedah bermula pada bulan Ogos 2017.

Dapatan kajian rintis telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Profesional KPM Bilangan 38/2017 pada 21 Disember 2017 dan GPMBC ini akan digunakan di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bermula pada tahun 2018.

GPMBC menjelaskan peranan dan tanggungjawab serta langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi mengatasi isu keciciran murid di sekolah. GPMBC akan berfokus kepada murid berisiko cicir bagi memastikan mereka kekal bersekolah sehingga tamat tempoh persekolahan peringkat menengah.

Pelaksanaan

YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah memastikan GPMBC dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menangani isu keciciran murid di sekolah. GPMBC ini boleh dimuat turun dari laman sesawang KPM di www.moe.gov.my

Jabatan Pendidikan Negeri JPN

GPMBC hendaklah dilaksanakan dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah SPS dan Sektor Pembangunan Kemanusiaan SPK. SPS melibatkan Unit Sekolah Rendah danUnit Sekolah Menengah. SPK melibatkan Unit Hal Ehwal Murid.

SPS hendaklah memainkan perasan dan tanggungjawab seperti berikut :
– memasukkan isu murid berisiko cicir sebagai agenda utama mesyuarat pengurusan JPN.
– mengedarkan GPMBC kepada semua PPD dibawah pentadbiran JPN
– menyelaras isu murid berisiko cicir bagi semua PPD di bawah pentadbiran JPN, dan
– mengurus laporan tahunan pencapaian program intervensi murid beriisko cicir seperti yang dinyatakan dalam GPMBC.

SPK hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut :
– memastikan semua PPD bekerjasama dalam program intervensi murid berisiko cicir
– menjalinkan kerjasama dengan unit Hal Ehwal Murid HEM dan unit Kaunseling di PPD yang menguruskan isu murid berisiko cicir dan
– memantau program intervensi murid berisiko cicir di PPD.

Pejabat Pendidikan Daerah PPD

GPMBC hendaklah dilaksanakan dengan kerjasama Unit Pengurusan Sekolah UPS dan Unit Pembangunan Kemanusiaan UPK. UPS perlu memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
– memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan PPD.
– mengedarkan GPMBC ke semua sekolah di bawah pentadbiran PPD.
– menyelaras isu murid berisiko cicir untuk semua sekolah, dan
– menyediakan laporan pemantauan program intervensi untuk dihantar kepada JPN.

UPK hendaklah memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut :
– memastikan pengetua/guru besar memahami, mematuhi dan melaksanakan program intervensi murid berisiko cicir di sekolah masing-masing dan
– memantau program intervensi yang dijalankan di sekolah di bawah seliaanya.

Sekolah

GPMBC hendaklah dirujuk dan digunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus murid berisiko cicir di sekolah. Pihak sekolah perlu memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut :
– memasukkan isu mengurus murid berisiko cicir sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru di sekolah
– memastikan program intervensi murid berisiko cicir dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM dan
– memastikan peaporan, dokumentasi dan data disediakan dan dihantar kepada PPD.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ybhg. Datuk/ Datin/ tuan/ puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah PPD dan sekolah dibawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan.

Sekian. Terima kasih.

SPI Bil.04/2018 Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini untuk memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.04/2018 Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah

Oleh :Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!