SPI Bil.04/2000 Pekeliling Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000 dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan kepada semua sekolah menengah supaya melaksanakan komponen kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Komponen ini adalah wajib bagi semua pelajar di sekolah menengah.

Tujuan komponen

Tujuan komponen ini adalah untuk menimbulkan minat membaca serta mempertingkatkan kefasihan pelajar dalam bahasa Inggeris melalui bacaan beberapa karya sastera yang telah ditetapkan. Di samping itu, pendedahan kepada karya sastera ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan, dan peningkatan persepsi pelajar.

Tarikh dijalankan

Pelaksanaan komponen ini akan dijalankan mulai bulan Mac 2000 secara berperingkat-peringkat seperti yang berikut:

Mac 2000        : Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Tahun 2001     : Tingkatan 2 & Tingkatan 5

Tahun 2002     : Tingkatan 3

Bentuk dan Bilangan Teks

Pelajar dikehendaki mempelajari beberapa karya daripada tiga genre yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

Tingkatan 1         : 3 cerpen dan 3 puisi (kompilasi)

Tingkatan 2         : I novel daripada 3 judul

Tingkatan 3         : I novel daripada 3 judul

Tingkatan 4 & 5 : I novel daripada 3 judul

: 5 cerpen dan 6 puisi (kompilasi)

Karya-karya sastera dalam bentuk antologi cerpen dan puisi serta novel ini akan diletakkan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks. Pengagihan novel akan dijalankan mengikut zon. Walaubagaimanapun, kelonggaran akan diberi kepada pihak sekolah untuk memilih judul novel yang sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah berkenaan mengikut keupayaan pihak sekolah.

Senarai Kemahiran Berkaitan Komponen

Untuk melicinkan pengajaran dan pembelajaran karya-karya tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran (Edisi Penyesuaian) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk pelaksanaan pada tahun 2000 (Lampiran 2). Sukatan Pelajaran yang muktamad akan dikeluarkan kemudian untuk kegunaan seterusnya.

Peruntukan Waktu

Satu waktu daripada 5 waktu Bahasa Inggeris diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran komponen ini.

Penaksiran

Penaksiran dijalankan pada peringkat sekolah dan peringkat pusat. Bagi peringkat pusat, pelaksanaan penaksiran adalah seperti yang berikut:

  1. Peperiksaan Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  mulai  Tahun
  2. Penilaian Menengah  Rendah  (PMR)  mulai  pada  Tahun

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah menengah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

SPI Bil.04/2000 Pekeliling Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan kepada semua sekolah menengah supaya melaksanakan komponen kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.04/2000 Pekeliling Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!