SPI Bil.04/1999 Pekeliling Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan2

 

Tujuan Pekeliling Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan pindaan syarat kelayakan meminjam buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), berkuatkuasa mulai 1 Januari 1999. Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 7/1998 bertarikh 1 April 1998 adalah dibatalkan.

Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT di SK dan SMAR

Murid-murid di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Henengah Agama Rakyat yang ibu bapa atau penjaga inereka berpendapatan RM1,500.00 ke bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.

Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT di Sekolah-sekolah Lain adalah Seperti Berikut:

Murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan seperti dalam jadual adalah layak menerima pinjaman buku teks. Kelayakan mendapat pinjaman buku teks bedasarkan pendapatan ibu bapa atau penjaga.

  1. RM700.00 ke bawah                   : Semua anak yang bersekolah diberi pinjaman.
  2. RM701.00 hingga RM800.00   : Perbelanjaan membeli buku teks bagi seorang anak yang                                                                   bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-                                                                   anak yang lain diberi pinjaman.
  3. RM801.00 hingga RM900.00   : Perbelanjaan membeli buku teks bagi dua orang anak yang                                                               bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-                                                                   anak yang lain diberi pinjaman.
  4. RM901.00 hingga RM1000.00 : Perbelanjaan membeli buku teks bagi tiga orang anak yang                                                               bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-                                                                   anak yang lain diberi pinjaman.

NOTA  Bagi (2), (3) dan (4), Kementerian Pendidikan akan memberi pinjaman buku teks kepada anak-anak dalam darjah atau tingkatan yang lebih tinggi. Ibu bapa atau penjaga hendaklah menanggung perbelanjaan membeli buku teks bagi seorang atau dua orang atau tiga orang anak di darjah atau tingkatan yang terendah sekali.

Syarat Umum

Pemberian pinjaman buku teks SPBT adalah untuk warganegara Malaysia sahaja.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.04/1999 Pekeliling Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan pindaan syarat kelayakan meminjam buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), berkuatkuasa mulai 1 Januari 1999

Nama Pekeliling : Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.04/1999 Pekeliling Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!