Isi Kandungan Pekeliling
Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah dikeluarkan
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menegaskan kepada Pengetua dan Guru Besar tentang pelaksanaan kuasa disiplin dan hukuman di sekolah.
Latar Belakang
Saya ingin membawa kepada pengetahuan Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan bahawa ada sebilangan Pengetua dan Guru Besar, yang enggan atau lewat menjalankan kuasa disiplin di sekolah, khususnya dalam mengenakan hukuman kepada murid-murid yang terbukti bersalah melakukan kesalahan-kesalahan berat. Terdapat laporan di mana muridmurid yang bertindak seperti “samseng” dibiarkan begitu sahaja sehingga murid-murid lain yang menjadi mangsa merasa teraniaya, tanpa pembelaan daripada Guru Besar dan Pengetua. Hal seperti ini boleh merosakkan kepercayaan dan keyakinan murid terhadap guru dan sekolah serta tidak membantu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid melalui pelaksanaan disiplin yang baik.
Perhatian
Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin dan bagi maksud itu, mempunyai kuasa ke atas guruguru dan murid-murid. Di dalam melaksanakan kuasa disiplin, undang-undang telah meletakkan kuasa mutlak kepada Pengetua dan Guru Besar untuk memilih hukuman yang sesuai setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, adil dan tegas. Hukuman hendaklah dikenakan supaya dapat memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang melakukan kesalahan itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi kesalahan ini, tetapi juga kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa.
Pelaksanaan
Sila tegaskan kandungan surat pekeliling kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan. Sekian.
SPI Bil.04/1996 Pekeliling Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah
Secara ringkasnya, pekeliling ini menegaskan kepada Pengetua dan Guru Besar tentang pelaksanaan kuasa disiplin dan hukuman di sekolah.
Nama Pekeliling : Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah
Format Fail : PDF
Download : SPI Bil.04/1996 Pekeliling Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Di Sekolah
Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia